Seorang lelaki di bandar Samarinda, wilayah Kalimantan Timur menyentuh perasaan netizen susulan klip video dia menggendong anak sambil berniaga roti bakar.
Berdasarkan paparan yang dimuat naik di laman perkongsian gambar Instagram, lelaki itu terpaksa membawa bersama anaknya kerana ditinggalkan isteri.
Baca juga: Bayi Viral Alami Sakit ‘Rare’, Warganet Titip Doa Supaya Dipermudahkan Urusan
GARA-GARA ISTERI LARI RUMAH, SUAMI JUAL ROTI BAKAR
Untuk makluman, figura seorang bapa menggendong anaknya sambil berjalan-jalan menjual roti bakar bernama Sofian, dia adalah penduduk Jalan Air Terjun, Pinang Seribu, Sempaja Utara, Samarinda Utara.
Dia terpaksa membawa anak yang digendong di belakang semasa berniaga kerana isterinya sudah lari meninggalkan keluarga.
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati atas nasib Sofian dan mendoakan makanan yang dijual oleh Sofian sentiasa dipenuhi pelanggan.
View this post on Instagram
Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 1,187 kali dan semakin bertambah.
Sumber: Suara.Com