Kini Trending

Gandakan Pahala Anda Di Bulan Ramadan Bersama Aman Palestin!

181
SHARES

Ramadan adalah bulan yang baik di mana setiap umat Islam merebut peluang untuk melaksanakan amal ibadah. Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mengumpul pahala adalah dengan bersedekah.

Ianya merupakan satu ibadah yang memberikan kita ruang untuk berkongsi rezeki yang kita ada dengan saudara Islam yang lain.

Admin yakin ramai yang memikirkan cara untuk bersedekah, memandangkan sekarang kita sibuk bekerja dan tak ada masa untuk bersedekah secara fizikal. Kalau anda tidak tahu saluran dan cara yang betul, anda boleh bersedekah melalui Aman Palestin.

Ramadan Bersama Rakyat Palestin, Syria Dan Yaman

Aman Palestin merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diiktiraf di persada antarabangsa kini menganjurkan kempen Ramadan Bersama yang memfokuskan bantuan kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman yang ditindas untuk menghadapi bulan Ramadan.

Melalui bantuan yang disalurkan daripada umat Islam kepada mereka mampu meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka.

Beri Ikut Kemampuan Anda dan Seikhlas Hati

Pelbagai jenis pakej ditawarkan untuk anda menyumbang melalui platform Aman Palestin. Agihan bantuan akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Anda juga boleh menyumbang serendah RM10.

 

 

Ini antara pakej yang disediakan:

  • Tajaan Iftar – RM 50

Tajaan Iftar adalah bantuan juadah berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan sekitar Gaza dan Masjid Al-Aqsa serta mereka di Syria dan Yaman.

  • Hadiah Raya – RM150

Pakej Hadiah Raya adalah bantuan anak yatim untuk membeli kelengkapan seperti pakaian untuk menyambut hari raya.

  • Tabung Ramadan Kareem – RM10

Pakej Tabung Ramadam Kareem adalah bantuan kotak makanan kepada mangsa yang terkesan.

  • Cabaran Sedekah Subuh – RM 300

Cabaran Sedekah Subuh memfokuskan bantuan kepada ibu tunggal yang memerlukan untuk membeli barang keperluan asas.

  • Pahala 1000 Bulan – RM500

Pahala 1000 Bulan adalah memberi dana projek Baik Pulih Masjidil Aqsa dan rumah-rumah di Al-Quds yang terkesan daripada kerosakkan baru-baru ini.

 

Kempen Ramadan Bersama tahun 2022 masih lagi dibuka 19 Februari sehingga 15 Mei. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan diluar sana.

Jika anda ingin menyumbangkan kepada mereka, boleh klik disini Aman Palestin. Untuk maklumat lebih lanjut tentang kempen ini boleh layari laman Facebook dan Twitter mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×