Famili

Top 5 Negeri Tawar Gaji Purata Paling Tinggi Di Malaysia, Negeri Anda Tercalon Tak?

21
SHARES
gaji paling tinggi

Ramai dalam kalangan kita masih tertanya-tanya, adakah paras gaji yang diterima sepanjang kita bekerja masih berada di tahap yang selesa? Hal ini kerana, beberapa faktor seperti lokasi negeri mana anda bekerja memainkan peranan penting bagi mendapatkan gaji paling tinggi di Malaysia.

Jadi, adakah anda berada dan bekerja di dalam negeri yang mempunyai purata gaji yang setaraf dengan kos sara hidup selesa? Berikut merupakan antara Top 5 negeri yang mempunyai median atau purata gaji yang tinggi di Malaysia.

Baca juga: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…

TOP 5 NEGERI TAWAR PURATA GAJI PALING TINGGI DI MALAYSIA

gaji paling tinggi

Menurut laporan BERNAMA, banyak syarikat di Malaysia sudah mula memperuntukkan bajet gaji yang lebih tinggi sepanjang tahun 2023. Hal ini kerana, sebahagian besar keadaan pasaran yang makin kompetitif dan tekanan inflasi yang didorong oleh kenaikan kos sara hidup.

Statistik upah mengikut lokasi menunjukkan bahawa tiga negeri telah melebihi median atau purata upah bulanan negara iaitu RM2,600  dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan median upah bulanan tertinggi iaitu sebanyak RM3,927. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak RM2,964 dan Pulau Pinang sebanyak RM2,627 pada Mac 2023.

1.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM 3,927)

2.Selangor (RM2,964)

3.Pulau Pinang (RM2,627)

4.Putrajaya (RM2,464)

5.Johor (RM2,400)

Sebaliknya, Kelantan, Perlis, dan Sabah menunjukkan purata upah bulanan terendah dengan masing-masing mencatatkan nilai sebanyak RM1,600, RM1,627, dan RM1,782 pada tempoh yang sama.

Selain gaji berdasarkan negeri, terdapat beberapa pekerjaan yang menawarkan tahap gaji paling ‘masyuk’  dan laku keras di Malaysia:

1.Juruterbang

2.Pengarah bank

3.Doktor pakar

4.Peguam

5.Akauntan

*Jadi, anda berada di negeri yang mana?

Sumber: AWANI, BERNAMA, Tiktok @kerjajer

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×