Inspirasi

[FOTO] Wajah Jelita Pemain Bola Tampar Turki Di Olimpik Curi Tumpuan, ‘Cair’ Habis!

91
SHARES

Nampaknya temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Tokyo mendapat tumpuan ramai. Mana tidaknya, di saat seluruh dunia berdepan dengan ancaman wabak pandemik, acara ini dapat dilansungkan dengan jayanya. Bukan sahaja tertumpu pada acara sukan, media juga tertumpu kepada seorang atlet sukan dari Turki yang mempunyai raut wajah seperti bidadari. Siapakah dia?

Baca juga: Terlalu Cantik Untuk Sukan, Kejelitaan Atlet Bola Tampar Kazakhstan Curi Tumpuan

ZEHRA GUNES DAPAT TUMPUAN RAMAI, TERLALU CANTIK!

Zehra Gunes merupakan pemain dalam sukan bola tampar mewakili pasukan Turki yang baru saja berusia 22 tahun. Dia dilahirkan di Kartal, Turki pada 7 Julai 1999 dan memiliki ketinggian 1.97 meter. Bukan itu sahaja, dia mula beraksi di arena sukan bola tampar pada tahun 2011 di bawah kelab Vafifbank Istanbul dan telah beberapa kali tukar kelab bola tampar.

Sepanjang penglibatannya di dalam arena sukan bola tampar, dia telah menerima beberapa anugerah penghargaan termasuklah Vestel Venus Sultans League pada tahun 2017. Manakala, antara anugerah bagi pasukan kelab pula dia telah menerima FIVB Women’s Club World Championship ‘Best Middle Blocker’ dan beberapa lagi pingat dalam perlawanan di peringkat kebangsaan.

DAHLAH CANTIK, ‘POWER’ SUKAN!

Pasukan Turki telah berjaya menundukkan pasukan China dengan mata kemenangan 3-0, semalam di sukan Olimpik Tokyo 2020. Pasukan dari Turki ini akan ke peringkat seterusnya bertemu dengan pasukan Itali yang dijadualkan hari ini 27 Julai 2021 pada jam 3:25 petang waktu tempatan.

Sumber: Zehra Gunes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×