Percutian

[FOTO] Bilik Hotel Bertemakan Barbie Pertama Di Malaysia, Cantiknya Semua Pink!

44
SHARES

Sudah semestinya bagi setiap kanak-kanak perempuan akan mempunyai minat dengan patung cantik bernama Barbie bukan? Bukan sahaja diminati sebagai patung sahaja, malah koleksi Barbie dalam bentuk filem dan rancangan TV juga menjadi kegemaran anak-anak dan juga orang dewasa.

Buat pertama kalinya, terdapat hotel di Malaysia yang menggunakan tema Barbie kini dibuka di Grand Hyatt Kuala Lumpur!

Baca juga: Hancur Hati Ibu Bila Check History Tab Anak Usia 8 Tahun Penuh Unsur Lucah!

BILIK HOTEL BERTEMAKAN BARBIE PERTAMA DI MALAYSIA!

Apa yang menariknya adalah, terdapat 14 bilik bertemakan Barbie yang dihiasi dalam warna merah jambu dan dilengkapi dengan kemudahan seperti apa yang anda lihat di dalam filem Barbie. Cantik!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjamu selera di Kafe Barbie yang baru diubahsuai atau menghirup teh petang dalam suasana bertemakan ‘Barbie Pink Afternoon’, memang impian menjadi kenyataan bagi peminat Barbie!

Tema yang diketengahkan di dalam setiap bilik adalah berdasarkan konsep, Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA.

Menurut laman web hotel, harga untuk 2 orang dewasa setiap malam, satu bilik ialah RM2320, dan pakej termasuk sarapan pagi setiap hari, minum petang di Barbie™ Café, satu hadiah kejutan setiap penginapan, tempat letak kenderaan percuma dan WiFi.

Pengalaman menjamu selera ketika minum petang, bagaimanapun, berharga RM228 bagi setiap orang dewasa, dan ia adalah sesi selama 2 jam setengah. Untuk maklumat lanjut dan menempah tiket anda, layari https://barbiestaycation.com/.

Sumber: Grand Hyatt Kuala Lumpur

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×