Kini Trending

Imbau Kisah Seram Sekolah, Filem ‘Dendam Penunggu’ Hantui Anda November Ini!

dendam penunggu

Siapa yang tidak mempunyai kisah seram berkaitan zaman sekolah terutama sekali bagi anda yang pernah tinggal di asrama bukan? Bagi mengimbau kembali memori seram tersebut, terdapat satu filem baharu bertajuk Dendam Penunggu menanti anda di Tonton CINEMA bermula 5 November. Seram!

DENDAM PENUNGGU MENGHANTUI ANDA BERMULA 5 NOVEMBER!

Kisahnya adalah mengenai Zul, Sarah, Bainun, Nazrin dan Khairy adalah pelajar baru tingkatan empat yang belajar di sekolah berprestasi tinggi yang diberi nama Kolej Kebangsaan Malaya. Kolej ini mempunyai tingkat misteri yang terletak di tingkat paling atas Blok M. Sarah, seorang yang suka kepada kejadian mistik mempercayai bahawa ada orang yang telah dibunuh pada tingkat Blok M tersebut.

Pada minggu pertama mereka di sana, beberapa orang dewasa dan pelajar senior telah memberi amaran kepada mereka tentang blok tersebut. Namun, Cikgu Azidi warden utama, tidak menghiraukan pertanyaan mereka, cerita Makcik Tijah penjaga kantin pula sering berubah versi. Pak Hasan seorang yang suka bersendiri dan melepak di warung kelihatan seperti lebih mengetahui tentang misteri blok tersebut daripada mereka. Lima berkawan ini akhirnya berjaya pecah masuk ke Blok M, tetapi kecewa apabila mendapati blok M hanyalah sekadar dom yang lama telah ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, kemunculan mereka di Blok M telah membangkitkan sesuatu yang misteri. Satu persatu mereka telah diserang oleh makhluk misteri tersebut. Hanya tinggal Sarah dan Zul untuk terus mencari kebenaran tentang Blok M ini. Tak lama kemudian, Sarah pula mengalami gangguan yang ganas daripada makhluk tersebut, kini Zul tinggal keseorangan untuk meneruskan pencarian tentang misteri ini.

Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

TONTON DENDAM PENUNGGU HANYA DENGAN 12.90 SAHAJA

Filem yang diarahkan oleh Faizul Jais yang merupakan filem pertama Tonton CINEMA membariskan barisan pelakon baharu dan juga pelakon lama bagi merancakkan dan membawa pembaharuan yang ‘fresh’. Antara barisan pelakon adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul, Ahmad Syafiq, Hakim Nordin, Ahmad Adly, Sherry Alhadad, Amerul Affendi, dan Hasnul Rahmat.

Macam mana nak tengok filem Dendam Penunggu? Anda hanya perlu menyewa sebanyak RM 12.90 sahaja dan boleh menonton selama 48 jam. Bukan itu sahaja, lagu OST filem bertajuk Sengsara yang dinyanyikan oleh Khai Bahar juga boleh diperdengarkan di semua platform pengstriman muzik seperti Spotify, Youtube, Joox dan lain-lain.

Jadi, jangan lupa untuk menonton filen Dendam Penunggu bermula 5 November di www.cinema.tonton.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi Tonton.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×