Rakyat

Fenomena Air Pasang Monsun Timur Laut Bermula, Elak Ke Pantai!

454
SHARES

Fenomena air pasang besar ini berlaku ekoran peralihan musim tengkujuh atau monsun Timur Laut di Malaysia yang dijangka bermula 3 November 2021 dan berterusan hingga bulan Mac tahun hadapan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara dijangka mengalami empat hingga enam episod hujan lebat sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Baca juga: Anak Susah Tidur Malam? Biasakan Anak Dengan Teknik Pijak Rumput Ini

FENOMENA AIR PASANG MONSUN TIMUR LAUT BERMULA SEHINGGA MAC

Pasti ramai yang merancang untuk ke pantai pada cuti panjang minggu hadapan. Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihat agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula 4 hingga 7 November 2021.

Pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.

Kejadian fenomena air pasang besar ini akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut.

Susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula esok hingga 7 November nanti, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengenal pasti 11 kawasan yang berisiko dilanda banjir. Memetik laporan Bernama, 11 lokaliti di Klang yang dijangka terlibat banjir adalah:

-Kampung Tok Muda

-Kampung Sungai Pinang di Pulau Indah

-Pandamaran

-Taman Selat Damai di Pelabuhan Klang

-Kampung Sungai Serdang

-Ban Sementa

-Ban Sungai Keramat

-Kampung Perepat

-Pelabuhan Utara

-Telok Gong

-Pulau Ketam.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×