Didik

Farah Lee Kongsi Tips Tangani Situasi Orang Tegur Anak Kurus & Cara Pemakanan Maream

1.6K
SHARES

Ketika anak semakin membesar, adalah normal untuk mereka mengalami penyusutan badan. Dah makan banyak pun masih turun berat ke? Haa, hal ini kerana anak-anak akan menjadi lebih aktif ketika umur berada di fasa 9 bulan ke tiga tahun kerana sudah boleh berjalan dan lebih berkeinginan untuk meneroka keadaan sekeliling. Situasi ini juga berlaku kepada Farah Lee yang merupakan blogger terkenal dimana ramai orang sering bertanyakan tentang keadaan anaknya yang kelihatan semakin kurus. Ada yang tak kena ke?

ORANG TEGUR ANAK KURUS

“Sekarang Maream dah kurus sikit. Bila orang tegur Maream makin kurus omma tersedih sikit sebab rasa macam tak bagi Maream cukup makan”.

www.instagram.com/farahlee

UMUR SETAHUN LEBIH BARU MAKAN MAKANAN LUAR

Omma ni, sikit-sikit akan tanya Maream lapar ke tak. Yelah budak tengah lasak kalau dah main memang lupa makan. Tapi Maream ni actually antara budak yang kuat makan sebenarnya, dari kecik sampai sekarang. Bangun-bangun tidur je cakap “Omma, Maream lapar lah” Since 6 bulan sampai setahun memang omma betul-betul jaga makan Maream, semua omma masak sendiri langsung tak bagi makanan luar dan fully susu badan. Bila dah setahun lebih baru start bagi makanan luar dan start minum fresh milk (full cream) sebab susu dah tak cukup, tapi memang limit sangat jajan, sweets, air manis, fast food. Tapi takdelah jaga sangat sampai semua nak organic dan natural, mak tak bedaya lagi.

Dan sebab tahu sekarang macam susah sangat nak avoid chemicals dalam makanan, sebab tu mana yang mampu avoid omma avoid contoh kat rumah memang takde frozen food (nugget,fries,hotdog etc) yang normally banyak preservative tu, yang banyak coloring, air teh/coffee, carbonated drink memang Maream tak minum.

MANA YANG MAMPU AVOID, KITA AVOID

https://www.instagram.com/farahlee_/?hl=en

Tapi coco crunch, honey star tu terpaksa bagi walaupun tahu banyak gula sebab tak sempat pepagi nak masak. Biskut, roti, peanut butter tu pun bagi je sebab cepat hehe.. Sebab tu omma cakap, mana yang mampu avoid omma cuba especially yang terang2 tak bagus. Yelah omma ni kadang nak poopoo pun tak sempat haha kang jaga sangat omma pulak stress pastu tak bagi Maream makan terus hiks.

https://www.instagram.com/farahlee_/?hl=en

So mommies, semua kita nak yang terbaik untuk anak kan. Kita cuba ya semampu boleh. Buat mana yang baik dan elak mana yang buruk. Tapi jangan sampai terstress sebab kita compare kita dengan ibu lain. Emosi ibu paling penting dalam besarkan anak. Ibu lain pun takde hak nak judge cara orang. Lain orang lain caranya. Kita cuba buat cara yang selesa dan berkesan untuk kita. Contoh macam omma, bila orang tegur Maream makin kurus, omma potongkan rambut Maream pendek supaya nampak macam donut sikit muka tu. Kan senang. Potong sendiri pulak tu. Tak stress jimat duit!

Sumber: Instagram Farahlee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×