Hebahan

Etihad Airways Dianugerahkan Kelas Pertama Terbaik dan Penerbangan Timur Tengah dan Afrika Terbaik

Etihad Airways telah memenangi anugerah Kelas Pertama Terbaik dan Syarikat Penerbangan Jarak Jauh Timur Tengah dan Afrika oleh Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan AirlineRatings.com 2017. Syarikat yang berpangkalan di Abu Dhabi tersebut juga disenaraikan di dalam Sepuluh Terbaik Global.

Ketua Pengarang dan Penerbit AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, berkata: “Etihad Airways memberikan perhatian kepada kecemerlangan di setiap peringkat dan telah menghasilkan kemenangan ketiga berturut-turut untuk Kelas Pertama Terbaik dan Syarikat Penerbangan Jarak Jauh Timur Tengah, di samping meletakkan kami di Sepuluh Terbaik.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Etihad Airways, Peter Baumgartner, berkata: “Memenangi Kelas Pertama Terbaik dan Syarikat Penerbangan Jarak Jauh Timur Tengah dan Afrika untuk tiga tahun berturut-turut adalah satu penghargaan dan meletakkan kami sebagai pemimpin bagi produk inovatif, perkhidmatan intuitif dan layanan terbaik di dunia.

Anugerah AirlineRatings.com 2017 hadir cuma beberapa minggu selepas mereka menerika Penarafan 5-Bintang Skytrax.

 

Mengenai AirlineRatings.com

Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, AirlineRatings.com telah menjadi penguasa di dalam keselamatan penerbangan dan penarafan produk di seluruh dunia.

 

Mengenai Etihad Aviation Group

Etihad Aviation Group (EAG) merupakan syarikat global yang terdiri daripada empat divisyen perniagaan – Etihad Airways, Etihad Airways Engineering, Hala Group dan Airline Equity Partners. Untuk maklumat lanjut, sila layari etihad.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×