Pernah tahu tak anak-anak sebenarnya lebih terpengaruh dengan emosi bapa berbanding ibu mereka? Sebab tu si bapa merupakan tulang belakang dan orang terpenting dalam keluarga. Oleh itu, emosi bapa boleh mempengaruhi cara anak-anak membuat pilihan dalam hidup mereka contohnya memilih kawan. Jadi, pakar terapi ini kongsi cara untuk si bapa mengisi emosi mereka supaya kekal tenang ketika bersama anak-anak.
AYAH PENGARUHI CARA ANAK PILIH KAWAN
Ada banyak kajian mengatakan bahawa: Keakraban antara anak dan ayah akan mempengaruhi KEGEMBIRAAN, KEPUASAN HIDUP & KESIHATAN PSIKOLOGI anak-anak. Dan pengaruh ini, bukan hanya semasa usia anak itu kecil. Tapi, SEHINGGA DEWASA! Kawan-kawan yang anak pilih juga akan bergantung kepada bagaimana rasa anak terhadap ayahnya.
Jika ayah rapat dan sentiasa menyokong anak secara positif, anak akan cenderung memilih rakan-rakan yang baik. Jika ayah gagal untuk rapat dengan anak, dan mempunyai hubungan yang hanya berbentuk ARAHAN, DISIPLIN anak akan cenderung untuk menjauhkan diri dan terganggu dalam membuat keputusan untuk memilih rakan yang positif. Maka, anak CENDERUNG MEMILIH RAKAN YANG SALAH.
REFILL CAWAN EMOSI
Ayah-ayah sekalian.. Memang sukar untuk memahami anak-anak dan memenuhi keperluan emosi mereka. TAPI. Ada satu cara yang ayah-ayah boleh buat. REFILL CAWAN EMOSI AYAH SELALU. Kenapa sebab bila emosi ayah berada dalam keadaan yang baik, ayah akan lebih tenang bila bersama dengan anak.
1.BUAT LEISURE AYAH
Kalau ayah suka main game, luangkan masa dalam 30 minit sehari untuk main game. Kalau ayah suka tanam pokok, luangkan masa untuk tanam pokok.
2.RAJIN BERBINCANG DENGAN MAK
Ayah kena bagi mak tahu ayah rasa apa. Ayah penat. Ayah rasa perlu keluar sebentar untuk tenang. Bincang. Beritahu mak tu. Supaya mak tu tak bersangka-sangka dan membebel tak tentu hala. Beritahu. Tak nak beritahu guna mulut, guna handphone “Yang, abang kene refill cawan emosi jap. Nanti abang balik, abang baca bedtime story untuk anak ye, yang”. Mak tu faham je…
3.TULIS PRIORITI HIDUP AYAH
Apa yang ayah nak sebenarnya? Apa yang ayah mahu dari anak ayah sebenarnya? Tulis. Bila ayah tulis, ayah jelas. Bila ayah jelas, ayah akan lebih tenang bila anak buat perangai. Sebab ayah tahu apa yang ayah nak dalam hidup ni.
4.LUANGKAN MASA BELAJAR TENTANG PERKEMBANGAN ANAK
Baca buku ke, pergi kursus ke, dengar video ke. Sebab. Bila ayah faham betul-betul tentang perkembangan anak, ayah akan OK bila anak buat perangai. Sebab ayah tahu tu tahap perkembangan dia.
5.PELUK ANAK DENGAN KASIH SAYANG
Tak payah cakap apa-apa. Balik kerja, terus peluk. Bila anak bercerita dan ayah kelelahan, ayah dengar je. Peluk je. Pegang tangan anak, bahu anak. Dan ingat masa kali pertama ayah azankan anak tu. Ingat yang dialah yang bawa nama ayah. Ingat yang ayahlah pengaruh terbesar dia dalam rumah tu.
Minta MAK urut bahu bila anak-anak dah tidur. Bahagian otot bahu dan belakang badan adalah otot yang paling tinggi risiko penat dan stress. Bila otot bahu dan belakang badan stress, ayah akan rasa sangat letih. Kalau mak tak sempat, carilah masa jumpa fisioterapis berdekatan. Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali ke. Atau.. Minta je anak pijakkan bahu ayah tu.
6.BERSOSIAL. CARI CIRCLE POSITIVE
Ayah ayah kena cari kawan yang baik. Kawan yang sama menyokong pentingnya membesarkan anak dengan baik. Follow ayah-ayah yang suka share ilmu macam Dr Taufiq Razif, Muhammad Fakhrani.
Anak tu membesar dengan pantas tau. Kalau kita tangguh-tangguh untuk penuhkan CAWAN EMOSI kita, kita biarkan diri kita dipengaruhi rakan-rakan yang menguruskan keluarga dengan sambil lewa. Hmm.. Takut nanti, bila anak dah berada di luar capaian kita, anak dah meliar, anak dah salah pilih kawan, anak dah ada masalah emosi. Baru kita nak menyesal. Setiap dari kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinan kita. Semoga ayah-ayah semua berjaya jadi pemimpin keluarga yang terbaik. Mak, sila sokong ayah dengan penuh kasih sayang ya.
Sumber: Siti ‘Aisyah Rozalli