Asuh

Elak Takutkan Anak-Anak Dengan Ketinggian, Gelap & Serangga- Dr Sheikh Muszaphar

1.4K
SHARES

Secara sengaja ataupun tidak, ramai ibu ayah yang gemar untuk menakut-nakutkan anak bagi mengelakkan mereka kurang bergerak kerana ketakutan. Namun tindakan seperti itu tidak wajar kerana ia akan menggangu minda anak-anak. Perkara ini juga diulas oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memilih untuk tidak menakutkan anak-anaknya.

Baca juga: Doktor Kongsi Kesan ‘Screen Time’ Kepada Anak Jika Pendedahan Terlalu Awal

ELAK TAKUTKAN ANAK-ANAK DENGAN KETINGGIAN & GELAP

Menerusi posting di laman Instagramnya, beliau berkongsi satu video yang jelas memaparkan anak-anak kecilnya ligat bermain di tempat tinggi dan cermin lut sinar. Jelasnya, keberanian tersebut dimiliki apabila beliau mendidik anak-anak dengan cara tidak menakutkan mereka dengan ketinggian, gelap, serangga dan lain-lain.

Tiada anak-anak saya yang takut akan ketinggian kerana saya melatih mereka dari usia yang sangat muda. Sama ada ketinggian, guruh, kadal, lipas, kegelapan dan lain-lain.

BAYI TIADA RASA TAKUT & KETAKUTAN MENGHALANG SATU KEJAYAAN

Tambahnya lagi, bayi tidak mempunyai perasaan takut kerana mereka dilahirkan untuk menyesuaikan diri. Perasaan takut yang timbul dalam diri baby adalah disebabkan cara mereka dibesarkan dan ketakutkan harus diatasi supaya anak-anak tidak terikut-ikut.

Bayi tidak mempunyai rasa takut. Mereka dilahirkan untuk menyesuaikan diri. Tetapi ketika mereka membesar, rasa takut ditanamkan di dalam diri mereka melalui bagaimana mereka dibesarkan. 

Kami menakutkan mereka dengan cerita untuk membuatnya tidur. Mereka memerhatikan ketika orang lain merasa seram melihat serangga. Mereka melihat adik-beradik mereka takut akan kilat & guruh. Mereka memerhatikan bahawa orang dewasa juga takut. Dan mereka mula mengembangkan rasa takut di dalam diri mereka.

Kita perlu mengatasi rasa takut dalam hidup. Kita perlu menunjukkan kepada anak-anak kita bahawa tidak ada perkara lain yang penting. Kita perlu bertindak tenang Kita perlu memimpin dengan teladan. Kerana ketakutan menghalang satu kejayaan.

Sumber: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×