Kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke otot jantung sangat berkurangan atau dihalang sama sekali.
Serangan jantung boleh terjadi disebebkan oleh beberapa faktor seperti merokok, tekanan darah tinggi dan juga stress. Hal ini sama seperti perkongsian seorang doktor di laman Facebook yang menceritakan pengalaman beliau melihat pesakit datang dan menjerit-jerit.
Baca juga: [VIDEO] Patutlah Badan Asyik Berangin, Doktor Ini Kongsi Cara Nak Hilangkannya..
ELAK SERANGAN JANTUNG, DOKTOR MINTA ‘BUANG’ STRESS
Jelasnya, seorang pesakit lelaki berusia 44 tahun datang ke hospital dalam keadaan berpeluh sambil menekan dada dan tercungan-cungap.
Lelaki tersebut dikejarkan ke zon merah dan keputusan mendapati beliau mengalami serangan jantung. Lelaki itu merupak perokok tegar dan ayahnya mempunyai sejarah serangan jantung.
Mintak Nyawa! Beberapa hari lepas, dekat emergency, ambulance sampai depan pintu masuk. Terus bergegas pegawai ambulan menolak masuk seorang pesakit yang sedang menjerit.
Mintak nyawaa! Mintak nyawa! Masa tu aku tengah tengok patient bed lain. Aku terus keluar, attend patient ni. Lelaki baru berumur 44 Tahun sedang berpeluh menekan dada belah kiri sambil tercungap-cungap dengan muka kebiru-biruan.
Lelaki tadi terus aku pindah kan ke zon merah. Semua staff berlari, terus pasang iv line, pasang oxygen, nurse lain sedang buat ecg . Keluar je result ECG, nah! Serangan Jantung. Salur darah jantung block
Aku terus call pakar jantung. Dalam masa yang sama ubat ubatan wajib untuk serangan jantung dah beri. Pakar jantung tiba sepantas kilat. Alhamdulillah , culprit yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat dapat dikeluarkan selepas prosedur Emergency Coronary angiography and PCI.
Bayangkan umur baru 44 tahun , muda lagi tuan-tuan. Ayah ada sejarah heart attack , Pesakit pula heavy smoker. Nasib baik awal. Kalau lambat sikit tu, hmmm.
Serangan jantung ni bahaya , Kalau dia mai mengejut tengah drive ke, tengah masak ke, hatta tengah tidur sekali pun. Ikut dan dia jee.Masa tu duit banyak berkepuk pun tak function dah bila nyawa dihujung tanduk.
Zaman sekarang ni memang stress. Ramai yang kena stroke, heart attack, kidney failure umur muda. Buang lah stress mana yang patut, gantikan dengan happiness.. Insyallah.
Sumber: Facebook Dr Yazeed Hair Johari