Kini Trending

Elak Ketinggalan Berita, Portal Myundi Sedia Maklumat Terkini PRN Sarawak

18
SHARES

Selepas tamat pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kini masa untuk PRN negeri Sarawak yang ke-12 sekaligus menutup PRN buat tahun 2021. Untuk mengelakkan ketinggalan berita terbaharu, rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya itu melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Portal myundi dilancarkan oleh REV Media Group pada pilihan raya 2018 yang lalu menyalurkan berita-berita semasa dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya.

MYUNDI KINI DENGAN KONSEP & REKA BENTUK BAHARU

Myundi kini tampil dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan kegunaan web. Melalui myundi juga, anda boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video, dan lebih banyak perihal berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh mengundi pada 18 Disember 2021. Antara tarikh penting bagi pilihan raya negeri Sarawak adalah:

  • 6 Disember 2021 – Hari Penamaan Calon
  • 7 – 17 Disember 2021 – Tempoh Berkempen
  • 14 Disember 2021 – Hari Pengundian Awal
  • 18 Disember 2021 – Hari Mengundi

Segala maklumat dan informasi adalah dari sumber-sumber yang sahih seperti Harian Metro, Berita Harian dan News Straits Times begitu juga laporan dan analisa dari TV3, ntv7, 8TV, dan TV9) dan boleh skala (keputusan undian mengikut masa sebenar).

Selain itu, myundi juga memberi akses kepada siaran langsung 24 jam di samping akses bagi melihat profil calon yang bertanding. Portal myundi merupakan direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Myundi memberi anda kiraan undi terkini pilihan raya umum dan pilihan raya negeri, keputusan dikemaskini secara langsung dari seluruh Malaysia. Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×