Kini Trending

Elak Dilanggar, Inovasi ‘Crossing Arm’ Bas Sekolah Di Amerika & Kanada Patut Dicontohi

1.9K
SHARES

Baru-baru ini tular sebuah rakaman kamera litar bertutup (CCTV) memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut apabila dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika. Ini menimbulkan kerisauan ibu bapa sama ada selamat atau tidak menggunakan perkhidmatan van atau bas sekolah bagi menghantar anak-anak ke sekolah.

Tampil perkongsian di Facebook menerusi Abudi Alsagoff, apabila beliau berkongsikan inovasi keselamatan bas sekolah di Amerika dan Kanada yang patut diterapkan di Malaysia.

Baca juga: Kanak-Kanak Usia 7 Tahun Maut Digilis Van Sekolah

INOVASI ‘CROSSING ARM’ BAS SEKOLAH AMERIKA & KANADA, UTAMAKAN KESELAMATAN

Nur Alisha Safiya, 7 tahun, meninggal dunia asbab parah di kepala dilanggar van sekolah, mungkin kerana melintas pada titik buta pemandunya.

Di Amerika dan Kanada, untuk elak kemalangan bas, mereka gunakan alat bas “crossing arm” ini. Kita kena wajibkan guna benda sama pada van dan bas.

Satu lagi inovasi bas sekolah mereka adalah tanda “STOP” (BERHENTI) dekat tepi bas tu. Bila bas berhenti, ia akan terbuka keluar dari sisi bas 6-10 kaki, lengkap dgn kelipan lampu merah. Ia bagi memastikan pemandu dari kedua arah berhenti hingga semua anak-anak selamat turun melintas jalan. Di Malaysia ni, perlu tunggu kroni politikus yang mana untuk lobi implementation road safety for our school children?

ELAK ‘BLIND SPOT’ KAWASAN SEKITAR BAS SEKOLAH

Biasanya, crossing arm bas sekolah ialah peranti wayar atau plastik yang dipasang memanjang dari bahagian hadapan di sebelah kanan bas apabila pintu dibuka untuk memuat/memunggah dan membentuk sebagai penghalang. Crossing arm ini akan memastikan kanak-kanak yang perlu menyeberang jalan, berdiri beberapa kaki di hadapan bas itu sendiri sebelum mereka boleh mula menyeberang jalan.

Ini memastikan pemandu bas dapat melihat mereka semasa mereka melintas, mengelakkan ‘blind spot’ serta-merta di hadapan bas. Lebih selamat!

Sumber: Abudi Alsagoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×