Asuh

Elak Bayi Meninggal Ketika Tidur, Ini 10 Nasihat Untuk Ibu Bapa

4
SHARES

Sering kali kita dengar berita mengenai bayi mati mengejut ketika tidur. Buat para ibu bapa yang belum tahu, kematian tersebut dipanggil Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS.

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur 6 bulan dan kebawah dan 60% daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara 2-4 bulan.

Baca juga: 5 Perkara Toksik Boleh Rosakkan Hubungan Adik-Beradik, Bahaya!

ELAK BAYI MENINGGAL KETIKA TIDUR, INI 10 NASIHAT UNTUK IBU BAPA

Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini terus berlaku, berikut merupakan beberapa nasihat untuk ibu bapa cegak kematian mengejut.

Bayi boleh meninggal dunia ketika tidur. Kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas. Inilah yang disebut Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

Nasihat untuk mencegah SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)

1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap. Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andaikata lemas.

2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut. Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.

3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) berdekatan bayi tidur. Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.

4. Elakkan bayi dari perokok. Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.

5. Elakkan memakai pakaian berlapis-lapis ketika tidur. Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.

6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain. Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.

7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.

8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.

9. Ibu bapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.

10. Kerap pantau bayi ketika tidur untuk memastikan bayi tak lemas dan masih bernafas.

Jika ada anak usia bawah setahun, mak ayah wajib tahu perkara ini. Jangan biarkan.

Sumber: Facebook Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×