Kewangan

Cara Buat E-Filing Cukai Pendapatan 2021 Untuk ‘First Timer’ (Mulai 1 Mac)

45.9K
SHARES
cara buat e filing 2020

Musim E-Filing datang lagi!

1 Mac 2021 akan bermulanya tempoh pengisytiharan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020.

Ada antara kita yang dah biasa buat e-Filing, tapi ada juga yang baru pertama kali nak buat e-Filing. Atau mungkin ada yang sebelum ni hantar borang secara manual dan pertama kali nak guna sistem online di EZ Hasil.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang e-Filing 2021 dan cara menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik, jom baca dan save artikel ini.

Apakah E-Filing?

Buat pengetahuan semua, e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui laman web rasmi LHDN iaitu https://ez.hasil.gov.my untuk log masuk ke Sistem ezHASiL.

Walaupun borang manual masih diterima, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya mudah, cepat dan selamat.

Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP bermula 1 Mac ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini, berkata sistem e-Filing boleh diakses melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan terus ke ‘MyTax’, seterusnya ke ‘Perkhidmatan ezHasil’ dan ‘e-Filing’.

Tarikh Menghantar Borang Cukai Pendapatan Tahun 2021

Tarikh akhir mengemukakan Borang BE 2021 (individu yang tidak menjalankan perniagaan) adalah pada 30 April 2021.

Tetapi jika anda menggunakan e-Filing e-BE 2021 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 15 Mei 2021.

Bagaimana Proses Sistem e-Filing?

Secara ringkasnya, sistem e-Filing boleh diisi oleh anda yang pernah berdaftar ataupun pertama kali menggunakannya.

i) Bagi Pembayar Cukai yang TELAH mendaftar :

  1. Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
  2. Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
  3. Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.
  4. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
  5. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

ii) Bagi Pembayar Cukai pertama kali:

Bagi pembayar cukai mendaftar masuk buat kali pertama, mereka perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu.

Cara mendapatkan no pin adalah seperti berikut:

  1. Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
  2. Permohonan nombor PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) ATAU
  3. Sila klik pautan Borang Maklum Balas untuk permohonan secara dalam talian.
    https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/

Perlu disertakan:
i. Borang CP55B yang lengkap diisi.
ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2020

Berikut adalah pelepasan cukai yang boleh dituntut dalam cukai taksiran tahun 2020 untuk rujukan anda:

Senarai Pelepasan Cukai Taksiran Bagi Tahun 2020, Check Dulu Sebelum Isi e-Filing Ya!

senarai pelepasan cukai e filing

E-Filing 2020: Cara Mengisi Borang e-BE 2021

Maklumat lengkap berkenaan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di sini:
http://www.hasil.gov.my/…/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf

Berikut adalah panduan mengisi Borang e-BE oleh #FriendsofHASiL terutama buat yang pertama kali mengisi.

Bagi yang pernah mengisi, mungkin terdapat beberapa perkara baru yang dilabel “NEW” menunjukkan item pindaan / baharu bagi e-BE 2020 berbanding tahun-tahun sebelum ini.

e filing 2020

e filing 2020

e filing 2020

e filing 2020

e filing 2020

e filing 2020

e filing 2020

Kredit Infografik: Friends Of Hasil

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan bantuan berkaitan e-filing 2020 atau apa-apa kemusykilan tentang cukai pendapatan, hubungi pihak LHDN di saluran berikut:

• Telefon HASiL Care Line: 03-8911 1000
• Faks ke nombor : 03-4289 3400
• E-mel: [email protected]
• Kunjungi cawangan HASiL/Pusat Khidmat HASiL yang berdekatan.

Semoga ianya bermanfaat.

Jom kongsikan sebanyak mungkin kepada rakan-rakan yang lain!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×