Rakyat

Pendaftaran Prasekolah 2021 Akan Dibuka 1 Mac 2020. Ini Cara Daftar Online

24.7K
SHARES

Perhatian kepada ibu ayah yang berhasrat mendaftarkan anak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2021, anda boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi laman web yang akan dibuka tak lama lagi.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan beserta cara membuat pendaftaran.

pendaftaran prasekolah online 2021

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2021 Secara Dalam Talian

Antara perkara penting yang ibu ayah kena take note adalah:

Tarikh Permohonan

Dibuka Mulai 1 Mac 2020 Hingga 30 April 2020

Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2021

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
permohonan prasekolah online

Foto Kredit: hmetro.com.my

Cara Membuat Permohonan / Pendafataran Prasekolah Sesi 2021

1. Layari Laman Web

Layari laman web rasmi E-Prasekolah di https://eprasekolah.moe.gov.my/index.php

2. Daftar Pengguna

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.

Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

3. Lengkapkan Butiran

Isi dan lengkapkan butiran yang diperlukan.

Rujuk manual pengguna di SINI.

4. Kemaskini Maklumat & Cetak

Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan.

 

5. Tunggu & Semak Status Permohonan

Semak keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2021 bermula 5 Ogos 2020.

Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020.

Nota:

  1. Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN
    (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  2. Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
  3. Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya
    membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  4. Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak
    borang permohonan sahaja.
  5. Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu
    bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk
    dikemaskini.
7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu-Bapa Mahu!

Foto Kredit: Amin Farij Hassan, Kosmo.com.my

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila kemukan melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri berikut:

JPN Johor [email protected]
JPN Kedah [email protected]
JPN Kelantan [email protected]
JPN Melaka [email protected]
JPN Negeri Sembilan [email protected]
JPN Pahang [email protected]
JPN Perak [email protected]
JPN Perlis [email protected]
JPN Pulau Pinang [email protected]
JPN Sabah [email protected]
JPN Sarawak [email protected]
JPN Selangor [email protected]
JPN Terengganu [email protected]
JPWP Kuala Lumpur [email protected]
JPWP Labuan [email protected]
JPWP Putrajaya [email protected]

Most Popular

To Top