E-bazar telah diperkenalkan sempena Ramadhan kali ini bagi memudahkan pergerakan semua orang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Arahan tidak dibenarkan untuk menganjurkan bazar Ramadhan selari dengan perintah PKP ini, ianya bagi mengelakkan orang berhimpun dalam jumlah yang ramai.
Tetapi, kerajaan telah tampil dengan satu lagi kenyataan hasil dari mesyuarat yang diadakan hari ini. Pihak Kerajaan telah memutuskan E-bazar tidak dibenarkan perlaksanaannya pada Ramadhan kali ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian.
E-Bazar Dibatalkan Untuk Ramadhan Kali Ini
Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob berkata, hasil mesyuarat hari ini bersama Kementerian Wilayah melalu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), setelah meneliti dan mendengar pandangan dari pihak mereka berhubung cadangan perlaksanaan e-Bazar ketika Ramadhan tahun ini telah diputuskan tidak dibenarkan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan perkara tersebut kepada sidang media harian yang berlangsung di Putrajaya hari ini.
“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Sumber : Harian Metro