Hebahan

Dunia Baru, Journey To Mythica Akan Datang Ke Pawagam 4D Di Legoland Malaysia Resort!

23
SHARES

Baru-baru ini, Legoland Malaysia Resort telah melancarkan filem 4D serba baharu iaitu LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA! Filem 4D baharu yang mengujakan ini semestinya dapat memberikan anda keluarga pengalaman 4D sepenuhnya bermula dari 11 November ini.

Jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA mengisahkan pengembaraan Bobs, iaitu Alicorn kecil yang berani ke dunia yang belum ditemui, iaitu alam yang telah dicipta oleh imaginasi kanak-kanak, di mana makhluk LEGO menjadi nyata.

Bobs yang ingin menyelamatkan dunia mitos ini juga menghadapi pelbagai pengalaman mencabar seperti meredah hutan ajaib, mengharungi lautan yang bergolak, melarikan diri dari Chimera, melambung dengan Maximus the Sky Lion dan membuat percikan bersama dengan Duo the Hydra, sebelum Bobs menemui kuasa sebenar beliau. Tetapi adakah Bobs sempat untuk menyelamatkan dunia tersebut?

Daya hayat LEGO MYTHICA yang pernah berkuasa juga menjadi semakin lemah dan semakin mati kerana semakin kurang kanak-kanak yang mempunyai masa untuk mencipta makhluk LEGO yang baharu. 

Jadi, satu-satunya cara MYTHICA dapat diselamatkan adalah dengan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencipta semula. Anda rasa dapatkah Bobs menyelamatkan MYTHICA? 

Kalau nak tahu, anda kenalah datang sendiri dan saksikan movie 4D ini di LEGOLAND Malaysia Resort!

Menurut CS Lim, Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort, “Kami benar-benar tidak sabar untuk menjemput semua pelawat kami untuk menikmati dan mengambil bahagian dalam filem LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA 4D baharu kami yang diraikan,”

Kami sentiasa didorong oleh semangat dan tenaga kami untuk mencipta detik indah dan pengalaman unik yang hanya boleh anda temui di LEGOLAND Malaysia.

Beliau juga berharap bahawa filem 4D baharu, JOURNEY TO MYTHICA, akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta yang luar biasa dan membantu menyelamatkan LEGO MYTHICA, selaras dengan DNA LEGO kami dalam pembelajaran melalui permainan di dalam resort kami, tambahnya.

Best kan? Jadi tunggu apa lagi! Jom bawa anak-anak anda untuk menikmati dunia LEGO dan serlahkan imaginasi mereka untuk menyelamatkan dunia LEGO MYTHICA dengan membina LEGO yang baru!

Untuk maklumat lanjut tentang Resort, jadual operasi dan tempahan, sila layari laman web https://www.legoland.com.my/. dan layari https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/mythica/ serta ikuti media sosial LEGOLAND di Facebook danInstagram untuk sebarang info tentang LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×