Famili

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi 5 Tips Tunai Ibadah Haji Bersama Anak Kecil

3.8K
SHARES

Siapa yang tidak mengenali angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya. Bukan sahaja terkenal dengan kerjaya malah mereka juga turut dikenali kerana tidak lokek berkongsi tips parenting dengan orang ramai melalui media sosial. Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma, Dr. Sheikh Muszaphar juga berkongsi foto serta tips semasa beliau mengerjakan haji bersama isteri dan anak yang masih kecil.

Ternyata, membawa anak kecil menunaikan haji bukanlah satu masalah besar pada dirinya dan juga isteri, Dr Harlina. Ketika itu anak sulung pasangan ini, Bella baru berusia 1 tahun 8 bulan (20 bulan).

LIMA TIP DARIPADA DR SHEIKH MUSZAPHAR BAWA ANAK KECIL MENUNAIKAN HAJI DI MAKKAH

1 . Fahami kerenah anak-anak.

2. Sediakan kelengkapan bayi seperti lampin, botol susu dan jangan lupa bawa barang permainan kesukaan anak-anak.

3. Peka akan pergerakan anak-anak (takut hilang dan sebagainya)

4. Suami Isteri harus bergilir-gilir mendukungi tanggungjawab – one prays while the other take care of the kids.

5. Banyak bersabar dan Bertawakal kepada Allah. In Sha Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan.

Dalam catatan terbaharu beliau di laman Instagramnya, Dr. Sheikh Muszaphar kini sendang berada di Tanah Suci bersama ibunya untuk mengerjakan ibadah haji.

Sumber : Dr.Sheikh Muszaphar, Dr.Harlina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×