Nama Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sememangnya popular dalam kalangan ibu bapa. Hal ini kerana, beliau sering berkongsi tips dan cadangan dalam mendidik anak serta mewujudkan keluarga harmoni.
Terbaharu, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tips cara untuk membiasakan anak-anak dengan aktiviti mereka terutama seperti taekwondo. Ikuti perkongsian di bawah.
Baca juga: Elak Takutkan Anak-Anak Dengan Ketinggian, Gelap & Serangga- Dr Sheikh Muszaphar
DR SHEIKH MUSZAPHAR KONGSI 10 PETUA PUPUK MINAT ANAK
Menerusi posting itu, beliau memuat naik gambar dan juga video latihan pertama pasangan kembar yang bernama Adam dan Noah. Jelas beliau dalam kapsyen tersebut, kanak-kanak terlalu muda dan kecil untuk memilih apa yang mereka suka. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlu memilih apa yang terbaik buat mereka.
Kanak-kanak terlalu kecil dan muda untuk memilih sukan yang mereka suka. Sebagai ibu bapa kita memilih apa yang kita fikir terbaik untuk mereka. Saya telah memilih renang & TaekwanDo untuk anak-anak saya dengan harapan mereka akan terus semangat hingga akhir.
Bella & Tasha memulakan sukan ini sejak mereka berumur 3 tahun lagi dan sampai sekarang masih melakukan latihan taekwondo. Jadi, saya harap anak lelaki saya mahu melakukan perkara yang sama.
Berikut adalah beberapa petua:
1. MULAKAN PADA USIA MUDA
Jika anda mulakan latihan ketika mereka muda, anak-anak tentu akan menyukainya. Hal ini kerana akan ada peluang untuk mereka memilih untuk terus melakukannya. Mulakan seawal usia 3 tahun.
2. SEDIAKAN MENTAL MEREKA
Terangkan kepada kanak-kanak tentang sukan itu. Kanak-kanak akan lebih seronok jika mereka lebih memahami sukan ini.
3. TIDUR NYENYAK
Pastikan anak-anak mendapat rehat yang cukup pada hari sebelumnya untuk mengelakkan tantrum, moody, pemarah dan lain-lain yang akan merosakkan hari pertama mereka belajar.
4. JADIKAN SUKAN ITU SERONOK & MENGEMBIRAKAN
Adalah penting untuk kanak-kanak suka dan enjoy sukan yang kita pilih. Hal ini supaya mereka tidak jemu dan sentiasa seronok.
5. BE THERE
Ibu bapa perlu berada bersama untuk memastikan anak-anak sentiasa selesa. Ini kerana mereka akan lebih yakin jika ada ibu bapa bersama.
6. BERITAHU ANDA BANGGA DENGAN MEREKA
Beritahu anak betapa anda berbangga dengan usaha dan pencapaian mereka. Anak-kanak suka bila dapat membanggakan ibu bapa.
7. PELUK & CIUM MEREKA
Beri mereka pelukan serta ciuman. Ini adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan oleh ibu bapa kepada anak.
8. APA YANG KITA HARAPKAN DARIPADA MEREKA
Terangkan kepada anak, apa yang diharapkan daripada mereka. Kelas, pelajar, latihan dll. Ini akan membina keyakinan mereka dan mengatasi kebimbangan. Kanak-kanak biasanya berasa gementar tanpa mengetahui.
9. HARI PERTAMA, HARI PENTING
Kalau anak-anak enjoy masa hari pertama, kemungkinan besar mereka menyukainya dan tidak sabar untuk kelas seterusnya. Andaberada di landasan yang betul.
10. AMBIL BERAT DENGAN STRESS ANAK
Anak hilang selera makan, tantru, cari alasan untuk tidak ke latihan dan sebagainya. Cari punca kenapa anak-anak berlakuan begitu. Mungkin boleh rehatkan anak daripada kelas itu.