Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Seorang doktor perubatan telah berkongsi di TikToknya @drnoordinofficial berkenaan dengan minuman yang terbaik untuk tubuh badan kita.
Baca juga: Cara Buat Air Rendaman Nak Hilangkan Bau Busuk & Gatal ‘Miss V’
7 MINUMAN YANG TERBAIK DI DUNIA
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian dan lebih gemar minuman yang tidak menyihatkan dan boleh meningkatkan kalori dalam badan.Lagi-lagi dengan godaan pelbagai minuman manis yang ada di rumah. Itu belum lagi termasuk dengan pelbagai jenis minuman di kafe, restoran, gerai, pasaraya dan sebagainya.
Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan. Antara air minuman yang terbaik adalah:
1. Air zam zam
Air zam zam mengandungi mineral yang tinggi di mana dapat mencegah pelbagai isu kesihatan yang di alami anda. Mengikut Sains, air zam zam ini bebas daripada mikroorganisme yang boleh mengurangkan kesegaran air.
Air ini mengandungi dua mineral yang sangat penting iaitu kalsium dan magnesium. Kedua-dua kandungan mineral ini membuatkan air zamzam memberi manfaat dalam menyegarkan tubuh badan.
2. Air mineralSel dalam kulit tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya kekurangan air. Air mengandungi nutrien yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan sekali gus menjadikan kulit lebih sihat dan segar. Kandungan air yang mencukupi boleh menjana sel-sel baru bagi kulit dan rambut.
3. Air kelapa mudaUmumnya, air kelapa mempunyai sedikit rasa manis, masam dan rendah gula serta kalori. Ia hanyalah air bersama kandungan elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium dan kesemua kandungan di dalam air ini membantu menggantikan nutrien yang hilang.
4. Air lemonBuah lemon kaya dengan kandungan vitamin C. Pengambilan air kosong pula dapat membantu sistem pencernaan anda.
Amalan minum air lemon merupakan satu tabiat mudah yang sering menjadi buah mulut individu yang ingin menurunkan berat badan.
5. Air celeryAir celery ataupun saderi adalah sumber yang sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin dan mineral. Ia juga mampu membuat sistem penghadaman lebih lancar.
6. Air teh hijauTeh hijau sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan. Sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk badan dan minda.
Malah kajian yang telah dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di negara Jepun yang mengamalkan minumam air teh hijau sebanyak 5 cawan sehari telah menunjukkan jangka hayat yang lebih panjang daripada mereka yang tidak meminumnya.
7. Air coklat gelapCoklat hitam sarat dengan nutrien dan merupakan salah satu sumber antioksidan terbaik yang boleh anda temui. Kajian menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan kesihatan anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bolehlah amalkan 7 jenis air ini di samping mendapat khasiatnya sekali!
Video penuh:
@drnoordinofficial 7 MINUMAN TERBAIK DI DUNIA!! Join telegram t.me/dndworld #minuman #airzamzam #greentea #airkelapa
Sumber: TikTok @drnoordinofficial