Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadan bakal menjelma. Oleh itu ramai dalam kalangan kita yang sudah mempebaharui ilmu-ilmu mengenai batalnya puasa. Maklumlah, setahun sekali sahaja berpuasa dengan penuh, pasti ada sahaja perkara yang terlupa.
Bila sudah sebut mengenai batal puasa, ramai juga dalam kalangan kita yang mengambil sesetengah jenis ubat tertanya-tanya ubat jenis apakah yang boleh membatalkan puasa dan ada juga jenis ubat yang tidak membatalkan puasa. Boleh atau tidak ibu hamil melalui proses pemeriksaan yang memerlukan memasukkan sesuatu dalam vagina?
JENIS UBAT YANG BOLEH BATALKAN DAN TIDAK BATALKAN PUASA
Mesti ramai dalam kalangan kita yang keliru sama ada ubat atau ‘treatment‘ kesihatan yang dilakukan boleh membatalkan puasa atau tidak. Berikut merupakan antara penjelasan dari doktor.
Ini penting terutamanya bagi mereka yang lebih berusia kerana lebih banyak mengamalkan pengambilan ubat-ubatan. Jika sebelum ini masih keliru dengan jenis ubat yang diambil, sekarang anda sudah lebih yakin.
Bukan itu sahaja, penting juga untuk ibu hamil tahu bahawa prosedur pemeriksaan bagi ibu-ibu hamil adalah tidak membatalkan puasa. Contohnya, mencuci vagina dan memasukkan alat speculum ke dalam vagina- ini tidak membatalkan puasa ye.
Lebih mudah untuk ambil ubat-ubat penting selepas ini bila sudah tahu sama ada ubat yang diambil dapat membatalkan puasa ataupun tidak. Selamat Berpuasa!
Sumber: Dr. Samhan