Nur

Doa Pendek Ketika Sedih & Dalam Kesukaran Yang Diamal Oleh Nabi SAW

25
SHARES

Tiada manusia yang dapat lari daripada ditimpa sebarang masalah, perasaan sedih, hampa dan pilu sehingga tiada daya untuk menghadapi apa yang berlaku.

Sebagai orang Islam, doa adalah senjata orang mukmin kerana dengan berdoa dapat memberikan kekuatan dan keyakinan untuk meneruskan hidup. Berikut adalah doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika dalam kesukaran dan boleh juga dibaca saat kesedihan.

Baca juga: Ini Cara & Penjelasan Mufti WP Untuk Anda Kira Jamak 3 Hari Ketika Bermusafir, Mudah!

DOA PENDEK KETIKA SEDIH & DALAM KESUKARAN

doa

Ramai wanita yang bila jumpa berdepan akan menangis, sama ada terharu atau memang sedang pilu. Saat salam dan peluk biasanya mereka akan sempat membisik di telinga apa yang terbuku dalam hati.

Tengahari tadi, ada seorang wanita bercerita bahawa sejak ayahnya meninggal hampir dua tahun, ibunya enggan keluar daripada rumah, tidak mahu ke mana-mana, dan selalu jadikan kuliah online saya sebagai teman seharian.

Saya nak kongsikan satu doa yang dibaca Nabi SAW saat dalam kesukaran dan boleh juga dibaca saat kesedihan:

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas r.a, sesungguhnya Nabi SAW ketika berada dalam kesulitan, Baginda akan membaca:

‎لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ الْعَظِيمُ الحلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

“Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arsy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.” (HR al-Bukhari & Muslim)

Moga bermanfaat dan boleh amalkan doa ini untuk mengubat hati yang sedih dan sedang pilu…

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×