Ramai ibu bapa sudah mengambil peluang untuk bercuti bersama anak-anak berikutan kebenaran rentas negeri yang diberikan sebelum ini. Ada yang menaiki kapal terbang, ada ke pulau dan ada juga yang gemar camping bersama anak-anak sambil menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.
Selain khemah, ada satu alatan camping yang boleh DIY sahaja dan yang paling penting, lebih menjimatkan wang. Haa nak tahu apa tu? Mari ikuti perkongsian Muhammad Al-Fathoni di Facebooknya.
Baca juga: Ibu Ini Kongsi 4 Alatan Camping Wajib Ada, Barulah Selesa & Syok!
DIY SIDE AWNING UNTUK CAMPING, JIMAT DUIT!
Yang ini pula, side awning flysheet kereta. Nak beli retractable side awning tu mahal, jadi boleh diy dengan cara bajet ni. Saya dah cuba di tempat angin kencang, Alhamdulillah bertahan dengan jayanya.
– Pertamanya ialah lekatkan suction hook atas kereta. Pastikan beli suction hook yang berkualiti. Yang saya gunakan ni boleh menampung 3 kg. Paling penting, bersihkan permukaan dari sebarang habuk supaya suction hook tidak tercabut.
– Masukkan hujung flysheet pada suction hook. Adalah lebih efisien untuk gunakan flysheet yang ringan.
– Saya gunakan 3 suction hook, bergantung kepada saiz flysheet anda.
– Kemudian tambah dua batang pole di hujung yang sebelah lagi. Akhir sekali, tegangkan dengan tali.
– Pastikan panjang pole jangan terlalu singkat. Nanti terpaksa membongkok pulak berjalan bawah awning ni. Buat bagi tinggi terus pun takpe. Kalau kereta yang memang dah tinggi tak ada hal.
– Macam ni lah rupa dia.
– Yang ni dah test. Survive angin kencang 1 jam lebih.
Wah, lebih jimat ruang dan masa. Boleh cuba lepas ni kalau ke tempat luas.
Sumber: Facebook Muhammad Al-Fathoni