Dapur

DIY Rempah Kari Daging & Ikan. Mudah & Lagi Sedap!

12
SHARES

“Alamak! Rempah kari habis…”

Situasi di atas pasti pernah terjadi bila nak masak kari. Betul tak? Tak perasan serbuk kari habis dan kelam kabut dibuatnya kerana perlu ke kedai dahulu untuk membeli rempah.

Leceh sebenarnya lagi-lagi kalau kedai jauh dari rumah dan mengambil masa yang lama. Jadi, untuk menyelesaikan masalah serbuk kari habis, apa kata anda buat sendiri sahaja di rumah. Pasti lebih sedap dan mudah sahaja.

Baca juga: Orang Johor Kongsi Rahsia Buat Sambal Kicap ‘Kick’, Baru Menjadi!

DIY REMPAH KARI DAGING & IKAN. MUDAH & LAGI SEDAP!

Bahan untuk buat rempah kari ikan:

  • 10-12 biji cili kering*
  • 3 sb rempah biji ( ketumbar )*
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
  • Kunyit hidup
  • 10-15 biji lada hitam*
  • 2 sb jintan putih*
  • 1 sb jintan manis *

Bahan untuk buat rempah kari daging:

  • 10-12 biji cili kering*
  • 3 sb rempah biji (ketumbar)*
  • 2 sb jintan manis*
  • 10-15 biji lada hitam*
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sebesar ibu jari halia
  • 1/2 ibu jari lengkuas

Cara penyediaan:

– Jika ada yang suka masukkan serai, untuk sukatan ini guna satu batang serai dah mencukupi. Boleh diketuk sahaja dan masukkan kemudian.

– Bahan yang bertanda di atas perlu dibasuh, tapis dan rendam dengan air panas selama 10 minit. Kemudian kisar kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul-betul halus.

Sedia untuk dibuat kari. Masak la cara yang sama seperti kita guna serbuk kari. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Fadhlul-Hadi Bin Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×