Deko & Hias

DIY Rak Baju PVC Dengan Bajet Tak Sampai RM40 Pun. Memang Praktikal & Berbaloi!

704
SHARES
diy almari pakaian terbuka

Almari pakaian terbuka kini menjadi pilihan bukan hanya atas faktor harganya yang jauh lebih murah, tetapi juga kerana ia sangat praktikal dan memudahkan kegunaan harian.

Dalam artikel ini, kami ingin membawa anda melihat lebih lanjut sebuah posting menarik oleh salah seorang pengguna Facebook, Ekinzaid Zaid yang berkongsi hasil DIY suami beliau, Syazwan Ramli.

Perkongsian beliau ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengguna Facebook hingga ia mendapat lebih 23,000 perkongsian di Facebook setakat hari ini.

[Baca juga : DIY Rak TV Guna Paip PVC, Spray Je Warna Hitam Terus Nampak Moden & Mahal! ]

Mesti ramai yang berminat nak DIY rak baju PVC stail terbuka macam ni kan?

Jom kita tengok perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

DIY Rak Baju PVC Yang Mudah, Praktikal & Berbaloi!

Sejak kami sewa rumah, kami tak ada almari.

Adalah almari 2 pintu masa Ekin bujang dulu… Tapi sekarang 3 orang dah tak muat almari tu.

Jadi selalunya lipat-lipat dan susun atas lantai bilik belakang.

Nak beli almari agak mahal memandangkan hanya suami yang bekerja seorang. So terfikirlah nak buat macam ni.

Kos nak buat dalam RM30-RM40 sahaja untuk 1 unit macam ni.

Bolehlah saya minta suami buat dalam 2, 3 biji memang berbaloi.

Bahan-bahan yang digunakan:

  • PVC paip 11 batang (RM1. 60/ sebatang – beli dekat MR DIY Balik pulau)
  • Elbow paip 10pcs (RM0. 41/ pcs – beli dekat MR DIY Balik pulau)
  • T-Socket paip 6pcs (RM0. 66/ pcs – beli dekat MR DIY Balik pulau)
  • Cable tie (1paket RM2. 56/ sepaket – beli dekat MR DIY Balik pulau)
  • Fitting D/E socket 2pcs (RM0.47/1pcs – beli dekat MR DIY Balik pulau)
    (socket fitting ni untuk sambungkan bagi penyangkut tu bagi tinggi sikit. Dalam gambar ni kami belum bubuh lagi)
  • Bakul 6pcs (RM2. 10/ pcs – beli dekat Eco Relau)

diy almari pakaian terbuka

PVC paip

diy almari pakaian terbuka

Elbow paip

diy almari pakaian terbuka

T-socket

diy almari pakaian terbuka

Cable tie

Fitting D/E socket

Fitting D/E socket

 

Hasilnya…

Beginilah lebih kurang rupanya bila dah siap dipasang semua bahan-bahan di atas.

NOTA:

DIY almari pakaian terbuka ni kalau untuk bahagian penyangkut baju tu lebih elok untuk baju baby dan kanak-kanak. Kalau baju kita yang dewasa ni agak berat ya.

Jom DIY!

Bagi yang nak cuba buat, boleh juga adjust ikut kesesuaian masing-masing.

Rasanya taklah susah sangat dan dapat jimat berkali ganda kalau DIY sendiri.

Pakaian pun tersusun elok je…

Jom cuba diy rak baju ni!

[Baca juga : Lebih 58k Perkongsian FB, Anda Kena Cuba DIY Troli Barang Ala IKEA Yang Lebih Jimat! ]

*Cara DIY rak baju ini merupakan perkongsian asal oleh EkinZaid Zaid menerusi Facebook. Sebarang pertanyaan sila rujuk posting beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×