Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Nak Poster Raya Cun? Ini Cara Guna Aplikasi AI Studio Untuk Bantu Siapkan Dalam 5 Saat!

poster ucapan hari raya

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, dan pastinya kita ingin berkongsi ucapan yang indah kepada keluarga serta rakan-rakan. Jika anda tidak mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik atau nak menjimatkan masa, teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh menjadi penyelesaian terbaik untuk buat poster ucapan Hari Raya!

Tak perlu susah-susah, berikut merupakan perkongsian cara dari saudara Hazrezal Ahmad supaya anda pun boleh buat poster ucapan sendiri ala-ala selebriti.

Baca juga: 10 Idea Pantun Raya Sebagai Ucapan & ‘Caption’ Media Sosial, Boleh Save Siap-Siap!

DIY POSTER UCAPAN HARI RAYA GUNA AI, 5 MINIT SIAP!

Caranya adalah dengan menggunakan Google AI Studio. Walaupun hasilnya mungkin tidak setanding dengan rekaan profesional, ia tetap kelihatan kemas dan kreatif.

1. Cari sahaja ‘Google AI Studio’ di internet, klik kemudian sign up dan anda akan lihat paparan seperti di bawah.

poster ucapan hari raya

2. Pastikan anda set Model kepada Gemini 2.0 Flash (Image Generation).

3. Masukkan gambar raya anda dan seeloknya tidak mempunyai latar belakang yang serabut dan penuh. Cuba guna gambar yang diambil berlatar belakangkan dinding yang kosong.

4. Masukkan arahan ini: Jadikan gambar ini sebuah poster ucapan Hari Raya gaya profesional dengan text “SELAMAT HARI RAYA” “MAAF ZAHIR BATIN” “DARI xxx”

5. Jika hasil tak menarik, guna butang macam penyapu dekat bawah untuk clear chat dan mula semula. Jika masih tak menarik hasilnya, klik CREATE PROMPT dekat menu sebelah kiri dan mula semula.

poster ucapan hari raya

Contoh hasil.

Diingatkan kepada anda bahawa bila buat menggunakan AI ini bukannya terus dapat hasil cantik. Kena cuba banyak kali sampai jumpa apa yang anda suka. Google AI Studio ini boleh akses menggunakan telefon pintar atau dekstop. 

Selamat mencuba!

Baca lagi: Jangan Buat 4 Perkara Ini Semasa Isi e-Filing Kalau Tak Mahu Dihubungi LHDN, Boleh Cuak!

Sumber: Hazrezal Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×