DIY & Kraf

DIY Tempat Tanam Pokok Bunga Viral Setinggi 4 Kaki Guna PVC Saja

163
SHARES

Buat anda yang memang gemarkan aktiviti bercucuk tanam dan menghias tanaman di hadapan kawasan rumah, pasu atau tempat pokok merupakan antara elemen yang paling penting. Ini untuk memastikan pembesaran tumbuhan dapat berjalan dengan subur dan dekorasi taman pun akan kelihatan kemas. Oleh itu, apa kata anda guna tips DIY hanya guna PVC berharga RM4 sahaja.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

PVC kelabu – RM 3.60 per kaki.
PVC putih – RM 4.00 per kaki.

Sy buat 4 kaki tinggi.

JOM KITA CUBA MENGIKUT CARA-CARANYA

1. Buat garisan lurus pakai pensel. Pakai tape pengukur tu sebagai pembaris pun boleh.

2.Bahagikan …. ukur lilit anggaran 35cm / 3 bahagian = anggaran 12cm untuk 1 bahagian. Dah ukur tu, lukis garisan panjang sampai ke bawah. Tak perlu tepat-tepat sangat.

3.Buat garisan melintang (untuk buat lubang). Anggaran 6cm @ 8cm bergantung kepada jenis bunga / sayur nk tanam.

4.Gergaji ikut garisan melintang yang di lukis tadi. Jarak antara kelopak saya buat antara 10cm ke 15 cm (bergantung juga kepada jenis bunga / sayur yang nak di tanam).

5.Setelah siap di gergaji….. ni rupanya dari dalam (abaikan meow saya tu). Nampak kan anggaran jarak dan selang seli antara kelopak.

6.Lagi satu contoh yang dah digergaji.

 

7.Guna api sederhana untuk panas & lembutkan PVC. Lebihkan api kat bahagian atas kelopak ya. Sebab bahagian atas ni yang banyak nak di bentuk.

8.Sementara PVC masih panas – tekan “kelopak atas” dengan towel lembab. Bentukkan. Kalau PVC tu terhangit takpa…. perkara biasa.

9.Satu lagi cara – bentukkan pakai botol. Tekan je ke dalam. Kalau tak jadi, panaskan semula PVC tu. Ini kene practise sendiri / try byk kali.

10.Ini ukuran kelopak 8cm.

Bahagian dalam pvc (bawah sekali), saya masukkan batu-batu untuk pengaliran air. Pastu baru saya masukkan tanah. Semasa masukkan tanah pastikan TEKAN setiap satu lubang supaya tak kosong. Sesetengah orang akan simen PVC ke dlm pasu… tapi saya tak reti pakai simen. Saya tekan-tekan pakai tanah & batu je supaya tegak.

Ini ukuran 6cm, lubangkan pakai botol kicap size kecik. Sesuai untuk tanam RJ atau pokok yang kecil-kecil.

Dah boleh tanam pokok-pokok kegemaran.

Hujung minggu nanti boleh cuba!

Sumber : Intan Adnan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×