DIY & Kraf

DIY Kipas Siling Yang Dah Slow Jadi Laju ‘Berdesup’ Dengan Bajet RM 5.00 Sahaja!

16.8K
SHARES

“Alamak, kipas aku ni dah slow dah tapi takkan nak tukar baru?”

Menukar kipas ceiling sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu sebenarnya boleh memakan kos yang tinggi. Mana tidaknya, satu kipas automatik boleh mencecah harga ratusan ringgit tidak termasuk dengan upah memasangnnya lagi. Namun, ada satu cara untuk anda lajukan semula kipas tanpa menggunakan bajet yang tinggi. Habis dalam RM 5.00 sahaja!

KIPAS DAH SLOW? INI CARA UNTUK LAJUKANNNYA!

1. Mula-mula buka bawah ni ikut arah lawan jam.. sebab board dan kapasitor dok dalam ni

2. Bila buka dia terburai mcm ni la.. ada klip tu, tekan klip tu supaya kita boleh bawa turun belas ni

3.Bila dah bawa turun letak atas lantai.. cari kapasitor kipas, kapasitor kipas ni dah terbakar.. yang ada wayar kelabu dan merah tu.. cabut kapasitor tu dan p kedai beli.. yang dulu 2.0 ja saya beli 2.5 laju sikit

4. Ini adalah kapasitor yang lama.. yang baru saya lupa nak snap sebab kalut dengan anak.. saya bawa p kedai cari jenis ni tak ada, jadi saya beli yang lain.. wayar dia saya sambung.. tgk dalam pic seterusnya

5. Ok..nmpk tak kapasitor baru yang saya pasang.. disebabkan wayar tu xdak jadi saya sambungkan saja wayar kapasitor baru dgn wayar lama.. balut dengan selotep hitam.. dan pasang balik..

6. Lepastu, tutup bekas tu dan pasang balik 3 skru tu balik.. dan pasang macam mula-mula bukak tadi.. dan siappp

7. Ni hasilnya, alhamdulillah laju betoi kipas ni pusing.. terima kasih semua..

Sumber : Kelab Kaki DIY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×