DIY & Kraf

DIY Dulang Hantaran Dengan Bajet Rendah Tapi Nampak Mahal Dan Eksklusif

Dalam kita menyambut bulan Syawal, pastinya tidak ketinggalan untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan kan? Elemen paling penting ketika majlis nikah dan perkahwinan sudha semestinya adalah dulang hantaran. Bagi anda yang bakal mengadakan berkahwin tidak lama lagi dan merancang untuk membuat majlis yang sederhana dan bajet, apa kata anda cuba untuk membuat hantaran perkahwinan secara DIY. Mudah saja, bajet pun tak perlu banyak!

DIY DULANG HANTARAN

Malam tadi sempat siapkan hantaran untuk sepupu. Aku buat simple simple ja, tapi lip lap lip lap. Glamour. Kain kilat tu kalau beli kat kedai bunga mahal sikit . Sebab kat kamdar atau kedai kain biasa pun ada jual . Lebih murah . Untuk 7 dulang cuma pakai 1 1/2 meter ja kain .

Gam pakai gam lilin . Aku nak cepat semalam . Baru pindah . rumah serabut . Tak tau gam tu kat mana . So aku tibai ja pakai gam uhu. Kat bawah ada video tutorial buat . Senang ja kan?

BAHAN-BAHAN

1. Kain kilat

2. Gam uhu

3. Polisterin

Rujuk video penuh : 

Dah siap! Cantik kan?

Sumber : Nauf Safuan

Yang Popular

To Top