Deko & Hias

DIY Ironing Board Di Sebalik Cermin. Jimat Ruang, Kemas & Senang Nak Guna

4.2K
SHARES

“Lecehnya nak angkut ironing board dengan seterika ni setiap kali nak guna. Nanti dah siap satu hal pulak nak simpan dan cari tempat sorokkan… Aduhai.”

Bukan semua rumah ada ruang nak buat bilik khas untuk laundry atau pakaian kan? Kadang-kadang rasa tak tahu nak letak mana ironing board dekat rumah tu.

Ada yang selit tepi almari, belakang pintu, atau ada juga yang lebih suka biarkan terbuka sebab senang nak guna.

Apa kata cuba idea menarik oleh Nasibah Ramly ini. Dengan menggabungkan tempat simpanan ironing board atau papan pengalas seterika di sebalik cermin, ia sangat praktikal dan ruang di rumah pun nampak lebih luas.

Berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Cara DIY Cermin & Ironing Board Jimat Ruang

Bahan-bahan

  • Plywood (9mm atau 6mm) – saya guna yang terpakai je
  • Cermin
  • Gam dari Mr DIY (warna kuning ada pistol tu)
  • Ironing board 
  • Wallpaper untuk balut jika perlu

Cara-cara

1. Buat Kotak Ikut Ukuran

Boleh ukur plywood ikut besar ironing board. Kalau ada almari lama atau plywood terpakai boleh je guna.

Saya pun guna yang terpakai sebab tu ada nampak kayu penyambung dekat bahagian dalam.

2. Ubahsuai Ironing Board

Ironing board tu saya guna yang biasa, cuma ubahsuai sikit kakinya.

Saya adjust 1 kaki untuk jadikan penahan, dan 1 lagi kaki dibuang.

Gambar di atas ni bahagian kaki yang dibuang.

Gambar di bawah pula bahagian kaki yang diubahsuai. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.

Bahagian letak seterika tu pun saya cabut dan buat tempat letaknya di tepi.

Mungkin ada yang prefer nak simpan seterika dalam almari atau dekat tempat lain, so tak payah buat pun tak apa. Ini untuk memudahkan je.

Boleh tengok detail sambungan macam dalam gambar. Simple je.

3. Tampal Cermin

Kemudian bolehlah gantung cermin untuk sorokkan kotak ni.

Saya tampal cermin ni guna gam MR DIY je.

Bila guna cermin, ruang pun nampak lebih luas.

4. Lain-lain

Saya balut dengan wallpaper lebihan memandangkan saya guna plywood terpakai.

Sebab tu nampak warna-warni pulak kotak dekat dalamnya. Korang nak balut macam mana tu ikut sukalah ye.

Jimat Ruang, Nampak Kemas & Praktikal

Wah, idea yang menarik dan praktikal. Sedap mata memandang.

Paling best tu, senang nak guna sebab tak payah nak angkut ironing board dan seterika setiap kali nak gosok baju.

Mesti ramai teruja kan nak buat?

Lagipun boleh guna barang-barang terpakai je.

Apa lagi, jom kita cuba DIY macam ni!

*Cara DIY Cermin Ironing Board ini dikongsikan oleh Nasibah Ramly menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh rujuk post asal di SINI.

Most Popular

To Top