Didik

5 Langkah Guna Teknik ‘Hukum Bucu Dinding’ Untuk Latih Anak Lebih Berdisiplin

1.1K
SHARES

Setiap kali anak buat salah, ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk menghukum anak sebagai pengajaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama. Teknik time out merupakan salah satu teknik yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar negara untuk mendisiplinkan anak mereka.

HUKUMAN DI BUCU DINDING

“Menerusi satu analisis kajian selama 30 tahun, hukuman “Time Out” atau hukuman di bucu dinding merupakan antara kaedah berkesan untuk mengubah tingkahlaku dan disiplin anak dan pelajar bermasalah. Ianya dianggap lebih POSITIF berbanding hukuman rotan,makian atau jeritan ibu. Paling penting ibu bapa wajib memberikan penerangan mengapa anak anak perlu dihukum dan apa perubahan tingkahlaku yang perlu mereka patuhi.

5 LANGKAH UNTUK GUNA TEKNIK TIME OUT

1.Beri arahan kepada anak secara baik dan tengok kelakuan anak. Beritahu mereka untuk berhenti apa yang mereka lakukan dan tunggu tindak balas mereka. Sekiranya mereka berhenti, berikan pujian kepada mereka dan jika tidak, bawa mereka ke satu ruang yang lapang.

2.Beritahu anak anda kenapa anda anda berbuat demikian dengan nada suara yang tenang tapi tegas. Elakkan berleter atau membebel kepada anak.

3.Biarkan anak anda duduk di ruang time out dan sekiranya anak enggan duduk, bawa dan tenangkan anak. Jangan bercakap dengan anak dan biarkan dia duduk tanpa berbuat apa-apa.

4.Kebiasaannya, masa diambil hanya dari 2-5minit bergantung kepada umur anak. Selalunya, masa ini mengikut umur anak anda contohnya, anak berumur 3 tahun time out selama 3 minit.

5.Selepas masa berlalu, duduk dan bincang dengan anak anda supaya anak betul-betul faham dengan tujuan anda berbuat begini. Beritahu kepada mereka, jika mereka berkelakuan baik, anda tidak akan berbuat begitu.

BERKESAN ATAU TAK?

Walaubagaimanapun, kaedah ini juga mendapat kritikan sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan keberkesanan dan kesan jangka masa pendek yang tidak berkekalan.”

*Time out tak berkesan jika terlalu kerap digunakan, buat hanya bila perlu. Selamat mencuba! 🙂

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×