Famili

Disangka Hanya Kudis Api Biasa, Rupanya Bayi 9 Bulan Dijangkiti Kulat Kucing!

598
SHARES

Kucing merupakan antara salah satu makhluk yang comel dan sentiasa disayangi. Menjadi tanggungjawab ibu bapa juga untuk mendidik anak anak supaya menyayangi semua binatang terutamanya haiwan kesayangan nabi ini. Walaubagaimana pun, ibu bapa juga perlulah berhati-hati, kerana anak berkemungkinan mudah dijangkiti apabila terdedah dengan haiwan telah dijangkiti kulat. Jadi, ibu ini kongsi pengalaman cemas ketika bayi berumur 9 bulan dijangkiti kulat kucing.

PENYAKIT SPOROTRICHOSIS

Sekarang dah semakin banyak penyakit sporotrichosis ni. Ok aku akan share gambar dari awal sampai akhir tentang penyakit ni jadi kat baby aku umur 9 bulan. Benda ni mula jadi tahun 2019. Sorry panjang sikit. Sporo ni bejangkit antara HAIWAN DAN manusia. Melalui gigitan, cakaran, bacteria darah kucing kurap atau air liur kucing ni yang menitik dekat sesuatu tempat dan tersebar melalui udara yang di bawa oleh kucing kurap (selalu jmpa kucing ni kat kedai makan dan tepi jalan). . Aku cadang lebih baik pi pakar goverment. Memang terbaik. Servis elok. Tiptop.

Masa awal awal nak jadi. Senang cerita minggu pertama naik macam kena ketik nyamuk. Lama lama mcm kudis api.

Pada mulanya naik macam kena gigit nyamuk. Makin lama biji tu semakin besar. Mcm kudis api. Pi klinik swasta. Doktor cakap anak aku kena kudis api. Ok sapu cream. Bagi antibiotik. Tapi biji tu semakin besar dan mula benanah. Nanah tu bukan nanah kuning. Tapi ia Nanah darah (aku pernah cucuk biji tu sebab kembung besaq sangat). Sebaiknya jangan cucuk la sebab kuman boleh merebak.

Dah mula naik kat dahi. Minggu ke tiga kalau tak silap.

PENYAKIT JARANG JADI PADA BAYI

Otw ke kmc. Tp doc kmc tak berani ambik case faris. Pi pmc. Sama jugak. Depa cakap case ni complicated dan depa cadang ke pakar kulit kerajaan.

Minggu ke dua aku mula sedar kawasan urat lengan Faris ada macam ISI ATAS SEPANJANG URAT. Aku bawa pi klinik kulit dr. Vanket. (maaf kalau ejaan tak betoi). Dia cakap anak aku kena kulat kucing. Yang merunsingkan dia baby lagi mcm mana boleh kena. Penyakit ni jarang jadi dan kalau jadi pun akan jadi kat cat lover (orang dewasa atau kanak kanak atas 10 tahun). Kami diberi dua pilihan nak beli ubat ori (import tapi mahai) atau ubat biasa (malaysia mari). Husband pilih ubat import sebab doc cakap yang import lagi baik.

Ubat yang faris makan dari klinik dr. Vaket… Doc tu memang pro. Sekali tengok ja terus tau sporo.

TERKEJUT TENGOK KEADAAN TANGAN FARIS

First day admit. Get ready kena minor operate.

Dua hari makan ubat sporanox tu. Keadaan semakin teruk. Lengan semakin bengkak. Biji semakin naik. Aku terus bawa Faris ke KMC. Tapi pakar tak ada. Pakar turun hari selasa saja. Tapi doc tu cuba juga tengok kulit Faris. And dia cakap benda jujur. ‘I rasa u better ke hosp goverment sebab pakar diorang ada hari hari. Dan di sini case mcm ni kami tak berani ambik takut risiko.’  Aku pi pulak PMC. Doc tu mcm blur sikit la dan tekejut. Last sekali aku pi refer personal doc aku sendiri. Dia tekejut tengok tangan Faris. Dia cakap first time dia tengok sporo ni. Sebelum ni tengok dalam buku. Dia buat surat untuk ke hosp. Jumpa pakar kanak kanak. Sebab penyakit ni boleh bawa maut dan cepat merebak dalam darah.

Lengan dia.

Pagi tu aku pi hosp goverment. Sebab nak jumpa pakar kanak kanak. Pakar tu suruh admit ward untuk on antibiotik. Dan refer pakar kulit jugak. Pakar kulit suruh buat minor operate untuk confirm kan penyakit anak aku. Sebulan lepas tu result keluar. Pommm! Muka rasa kena tampar. Kaki rasa layu bila pakar cakap 90% confirm anak aku kena sporo kucing ni. Doc bagi ubat itraconazole. Tapi tak surut. Biji semakin menjalar dan semakin naik sepanjang lengan. Nasib Faris baik. Ubat sporonox tu tak serang hati. Sebab ubat tu boleh rosak hati. (result test blood)

Mula nak membesar.

Ok dok ulang alik jumpa pakar kulit tiap minggu. Last pilihan doc cuba dapatkan ubat original anti kulat. Sebab doc cakap kulat ni aktif dan cepat merebak diluar jangkaan. Dia juga mengaku case anak aku sangat complicated. Doc takut merebak naik ke otak. Dan emm lepas naik ke otak tu paham paham je la… Tapi doc tanya. Sanggup dak bayar kos ubat. Bawah RM2 ribu. Sebab kerajaan takda peruntukan untuk ubat tu. Depa cuma boleh tolong order.

MAKIN SURUT SELEPAS ‘CONSUME’ UBAT SEBOTOL SETENGAH

Mati akai lama sangat dok wad. Tapi kena duduk 4 hari untuk on antibiotik dan pakar nak pantau keadaan faris.

I trust u Allah. Semua ada hikmah. Alhamdulillah doc bagi ubat tu dua botol secara percuma. Tapi kali ke tiga kena bayar. Kalau ada orang dalam boleh la kautim kot.. Tapi baru setengah sebotoi dok minum… Keadaan Faris semakin ok. Biji dah surut dan kian pudar. Nanah tu pun dah semakin surut.. Alhamdulillah untuk semuanya.

Muka dan tangan Faris Sudah kembali ensem dan gebu. Tapi ubat dia mungkin kena makan selama 6 bulan….sampai betul betul sembuh…. Kepada anda yang cat lover tu. Hati hati. better bawa pi cucuk vaksin kucing tu. Ingat kan manusia ja ada vaksin..dan aku ada tulis step by step kat gambar waktu kulat ni aktif kat kulit anak aku. Hmmm sekian.

Sumber: Nurfarahin Mahamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×