Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai cikgu Fadli ada berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan. Kisah mengenai hutang ini membuka mata orang ramai agar tidak culas dalam membayar hutang yang dijanjikan sebelum ini. Keikhlasan dan kejujuran membuatkan Fadli mengelar wanita tersebut ‘penghutang dari syurga.’
Baca juga: [VIDEO] Semangat Guru Pendidikan Khas Didik Anak Murid Terima Pujian
DIGELAR ‘PENGHUTANG DARI SYURGA’, WANITA INI TETAP BAYAR WALAUPUN RM7 SEBULAN
Menerusi perkongsian itu, beliau mengelar wanita itu penghutang dari syurga kerana meskipun tiada wang yang mencukupi, dia tetap berusaha untuk membayar setiap bulan. Setiap bulan wanita itu akan membayar sekitar RM10 hingga RM20 dan hanya sekali sahaja membayar sebanyak RM50.
Penghutang dari syurga. Aku memang sangat sukar bagi orang berhutang. Tambah-tambah orang yang aku tak pernah kenal secara nyata. Hanya kepada sahabat baik yang aku sanggup halalkan jika aku mati dahulu, atau bila mereka mati dahulu.
Tapi akak ni kes special. Aku tak pernah jumpa dan kenal, Allah gerakkan hati nak bantu. May lalu, dia terdesak nak pakai duit RM210. Satu nilai yang aneh pada aku. Jarang orang berhutang nilai yang spesific, biasanya orang genabkan jumlah. Rm50 ke, rm100 ke, rm200 ke. Akak ni mohon pinjam RM210.
Biasanya memang aku tolak baik-baik setiap orang yang aku tak kenal nak pinjam. Dengan akak ni, entah macamana aku setuju saja nak bagi pinjam. Syarat aku,
“Akak bayarlah berapa pun sebulan. Asalkan bayar”.
Itu je syarat. Dan akak ni berpegang sungguh pada janji. Setiap bulan dia akan bank in kadang RM10, kadang RM20. Pernah sekali RM50, dan pernah ada bulan tak dapat bagi dia pm aku,
“Cikgu. Maaf. Bulan ni akak tak mampu bayar. Banyak pakai duit. Bulan depan InsyaAllah cikgu ya”.
Semalam, akak ni bayar RM7. Satu jumlah yang sangat-sangat ganjil orang bayar. Namun rasanya hanya banyak itu yang dia mampu. Betapa aku rasa terharu dengan kejujuran dan kesungguhan akak ni cuba melunaskan hutang. Walau cuma ada RM7, dia tetap bayar.
Tambahnya lagi, beliau juga menghalalkan sahaja baki hutang sebanyak RM103 kerana melihat kejujuran dan kegigihan wanita tersebut membayar hutang secara setiap bulan tanpa culas.
Total bayaran setakat ni, RM107. Ada lagi balance RM103. Tak apalah. Yang lebih tu aku halalkan sahaja. Kejujuran dan amanah yang ditunjukkan akak ni tidak ternilai harganya. Kalian yang pernah berhutang dengan sesiapa, tolong tiru akak ni.
Dia nekad membayar hutang dia saban bulan tanpa jemu. Jika gagal, terus pm bagitahu tak mampu dan akan sambung bulan seterusnya. Pemberi hutang akan rasa lega dan rasa selamat bila penghutang jujur begini.
Ini ada orang berhutang sampai beribu, bila sampai masa dijanjikan untuk bayar, senyap. Yang bagi hutang pula kena hubungi dulu dan minta. Bila minta, pelbagai alasan diberi. Duit tak cukup lagi lah, itu lah, ini lah. Tengok update, minum Starbucks, jalan-jalan, beli itu, beli ini bukan main lagi.
Kalau bayar sikit-sikit macam akan ni kan dah lama settle. Malu kat akak ni weh. RM7 pun dia bayar. RM10 pun dia bayar. Bila tak mampu cepat-cepat dia hubungi dan bagitahu, bukan diam.
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh