Rakyat

11 Kali Lebih Toksik Berbanding Pub. 5 Sebab Jangan Merokok Dengan Anak Dalam Kereta

4K
SHARES
bahaya merokok dalam kereta

“Ish, kadang-kadang pelik tengok orang yang merokok dalam kereta ni. Tak rasa lemas ke? Yang tak tahan tu siap ada anak kecil lagi kat belakang. Kesian diorang kena tahan dengan bau rokok tu…”

Di Malaysia, mungkin menjadi perkara biasa bagi kita bila nampak ayah-ayah hisap rokok dalam kereta masa memandu.

“Alah, kan buka tingkap, apa ada hal…” begitulah alasan yang kita biasa dengar.

Tapi tahukah anda kalau di negara luar, tindakan begini boleh didenda hingga $10,000 atau sekitar RM30,000 tau!

Undang-undang Pengharaman Rokok Semasa Memandu Kereta Dengan Anak

Kebanyakan negara maju seperti Australia, England, dan beberapa negeri di US telah menguatkuasakan pengharaman merokok semasa memandu dalam kenderaan milik peribadi sekiranya ada kanak-kanak berusia 18 tahun di dalamnya.

Terkini, satu cadangan di Indiana, salah sebuah negeri di US juga ingin mengenakan denda $1,000 bagi perokok yang ditangkap kali pertama merokok dengan kehadiran anak bawah 18 tahun di dalam kereta tersebut. Menurut sumber, tangkapan kali ketiga boleh menyebabkan seseorang didenda hingga $10,000 atau RM30,000!

Hal ini tentunya menunjukkan betapa mereka memandang serius terhadap bahaya merokok, terutamanya kanak-kanak yang terpaksa menyedut asap rokok basi atau secondhand smoke tersebut.

kesan asap rokok

Foto Kredit: vichuga-voskr.cerkov.ru

5 Bahaya Merokok Ketika Memandu, Walaupun Dah Turun Tingkap

1. Bahaya Terhadap Sistem Pernafasan Kanak-kanak

Seperti yang kita tahu, begitu banyak bahaya yang dibawa oleh asap rokok ini terutamanya pada anak-anak kecil.

Takkan tak tahu lagi, sistem pernafasan kanak-kanak begitu sensitif dan mereka bernafas lebih laju berbanding orang dewasa.

Jadi lebih banyak udara tercemar yang dihirup oleh mereka berbanding kita ni tau.

2. Sistem Imuniti Bayi Yang Belum Matang

Perokok mungkin beranggapan yang mereka sendiri kena asap rokok tak ada apa pun.

So, chill lah… Apa nak kecoh?

Susah betul nak fahamkan mereka yang sistem imuniti kanak-kanak ni manalah sama dengan orang dewasa.

Tubuh kecil ini masih belum matang untuk melindungi diri daripada asap rokok menyebabkan kanak-kanak lebih cepat terkesan apabila didedahkan kepada asap rokok berbanding orang dewasa.

3. Konsentrasi Toksin 11 Kali Ganda Lebih Tinggi

Ini poin yang paling penting kenapa ayah-ayah tolonglah jangan merokok dalam kereta lagi lepas ni.

Menurut British Lung Foundation, merokok dalam kereta boleh menyebabkan konsentrasi toksin meningkat sehingga 11 kali lebih tinggi berbanding di dalam kelab malam!

Nampak tak seriusnya tu?

4. Kesan Third Hand Smoke

Kalau kita turunkan tingkap pun tak cukup untuk menghentikan toksin tersebut daripada menyerang kanak-kanak.

Sebabnya, third-hand smoke, iaitu kesan asap rokok selepas seseorang selesai merokok juga boleh terlekat di kulit, baju, tempat duduk dalam kereta, dan sebagainya walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.

Kalau tak percaya, kita sendiri boleh bau asap rokok dalam kereta seorang perokok kan? Ini bermaksud partikel asap rokok tu masih melekat padanya.

5. Mengganggu Kualiti Pemanduan

Seseorang yang merokok tak dapat menggunakan kedua-dua belah tangan dengan efisyen semasa memandu dan ia boleh menjadi punca kecuaian.

Menyalakan api rokok dan merokok ketika memandu juga berpotensi menyebabkan kebakaran yang tidak disengajakan.

Tahulah ramai pemandu yang dah pro mengawal stereng sebelah tangan, tapi malang tu tak berbau kan?

bahaya asap rokok

Foto Kredit: todayonline.com

Usaha Melindungi Hak Kanak-kanak

Undang-undang ini dikuatkuasakan demi melindungi kesihatan kanak-kanak, terutamanya bayi yang masih kecil dan sangat mudah terkena penyakit seperti bronkitis, pneumonia, batuk, lelah dan sindrom kematian mati mengejut (SIDS).

Kalau difikirkan ikut logik pun, kita sendiri boleh tahu betapa bahayanya asap rokok ini kepada kanak-kanak kan?

bahaya merokok dalam kereta

Bila Agaknya Giliran Malaysia?

Walaupun Malaysia masih belum lagi mengharamkan tindakan merokok di dalam kereta, diharapkan kita sebagai masyarakat, apatah lagi ibu bapa, mempunyai kesedaran terhadap bahaya asap rokok terhadap kanak-kanak.

Jangan pandang remeh kerana selain membahayakan anak kecil, ia juga membahayakan kesihatan diri perokok itu sendiri serta boleh menjadi punca kecuaian semasa memandu.

Apapun, kalau ramai perokok masih merasa mereka ‘kebal’ terhadap asap rokok, sekurang-kurangnya mereka perlu memikirkan bahayanya kepada anak-anak kecil.

Hmmm… Apa kata anda?

 

*Sumber rujukan: British Lung Foundation, www.gov.uk, NSW Health, Wikipedia, 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×