Rakyat

Demam 3 Hari Selepas Pulang Dari Pantai, Ibu Kongsi Kisah Pilu Anak ‘Pergi’ Sekelip Mata

517
SHARES

Anak merupakan anugerah terindah buat setiap ibu dan bapa yang dianugerahkan kepada mereka dan semestinya ibu dan bapa akan menjaga kurniaan mereka bagai menatang minyak yang penuh. Walaubagaimana pun, ketentuan ajal adalah di luar kawalan mereka. Begitu juga si ibu ini dimana beliau berkongsi detik pahit dalam hidup kerana kehilangan anak akibat demam.

BADAN ALYA TERASA LEMAH & DEMAM

“Sungguh… Ajal itu rahsia Allah.. Allahuakhbar… Mummy sayang Alya, dunia dan akhirat..

28 Oktober Isnin, mummy: Alya mahu pergi jogging ke mahu pergi main pasir?
Alya: Alya mahu main pasir..

Petang tu mummy, daddy, Alya dan Adib pergi Tg Aru Beach.. Sebelum main pasir singgah beli makanan kejap.. Alya mau beli pisang goreng tapi mummy cakap nanti la sebab hujan dah start turun. Maafkan mummy ya tak tunaikan permintaan sayang. Ada juga dalam 10-15 minit kami duduk dalam kereta sementara tunggu hujan berhenti. Dalam masa yang singkat, picnic dan bawa Alya main pasir. Mummy and daddy bergilir temankan Alya main pasir. Happy mummy tengok hajat Alya untuk main pasir tercapai. Lama dah Alya cakap mahu main pasir tempat hotel cantik. Maksud Alya tu Alya mau pergi Cabana Retreat lagi. Tapi tempat tu agak jauh sayang. Mummy selalu cakap ‘next time’ kan sayang. Maafkan mummy tak tertunai lagi permintaan alya. Malam sampai di rumah, Alya mandi and makan. Tokma cakap macam-macam Alya makan. Banyak. Lebih kurang 11 malam, Alya mengadu badan Alya terasa lemah. Rupanya Alya demam.

29 Oktober Selasa, Alya sepatutnya pergi sekolah sebab sekolah Alya cuti sampai isnin ja. Baju sekolah Alya mummy dah iron semua. Tapi alya masih demam. Mummy biarkan ja Alya tidur sampai 11.30 pagi. Pastu mummy angkat Alya bawa turun. Sikit pun Alya tak mau makan. Petang tu baru Alya mahu makan. Tapi tu pun biskut adik adib. banyak juga la Alya makan. Mummy pujuk Alya mandi.. Selepas mandi tu.. Alya ada cakap, “mummy, Alya tak demam sudah la.. Alya sihat..” (sambil Alya rasa dahi dan badan Alya). Lepas tu nampak Alya macam okey. Boleh bawak adib main macam biasa. Mummy happy.

TAK BAWA KE KLINIK KERANA SUHU BADAN TAK TERLALU TINGGI

Tapi malam tu, Alya start muntah. Biskut yang Alya makan semua keluar balik. Terkulai layu Alya.. Tokma basahkan towel letak atas kepala Alya. Alya baring dan tidur ja. Tiap malam memang Alya tidur sama tokma. Manja sangat dengan tokma. Tokma cakap malam dia meracau-racau. Alya ada cakap pasal naik train, sepatutnya cuti deepavali ni mummy janji mau bawa naik train. Tak pernah sekali pun kami semua naik train biarpun hampir setiap hari tengok train tu lalu depan mata. Maafkan mummy sayang ada lagi permintaan Alya yang tak tertunai. Alya hanya makan ubat demam yang memang sedia ada di rumah. Mummy tak bawa pergi klinik sebab panas badan Alya tak terlalu tinggi.

30 Oktober Rabu, Alya masih demam, hanya baring dan tidur. Makan memang tak mau. Mummy dan daddy pergi work macam biasa, bagitahu tokma kalau badan Alya panas call ja, mummy balik rumah. Time di sekolah tokma bagitau panas badan Alya. Tokma tak boleh jaga Alya sepenuhnya sebab adik Adib pun cerewet tak nak tidur. Mummy cakap mummy banyak kerja, tak boleh balik. Mummy kena latih murid mummy sebab masa dah singkat. Mummy minta daddy yang balik rumah. Maafkan mummy sayang. Sampai di rumah, mummy bawa kan donat yang balik-balik Alya cakap, kebetulan ada jual di sekolah hari ni. Tapi daddy cakap Alya mau makan kfc. Daddy pun keluar pergi beli kfc. Sementara tunggu daddy, Alya tiba-tiba request mau mummy mandikan Alya. Time tu Adib memang tak nak lepas mummy juga. Alya berkeras mau mummy juga yang mandi Alya (rupanya itu la kali terakhir mummy mandi Alya di rumah ni). Selepas mandi mummy ingatkan Alya akan lebih cergas dan boleh makan ayam kfc. Tapi tidak, Alya baring semula tutup mata nampak weak sangat.

Jam 3 petang, mummy bawa Alya pergi Klinik Kesihatan Kinarut, kalau demam memang mummy bawak Alya pergi KK Kinarut je. Sebab doctor sini akan suruh Alya buat blood test kalau demam sebab ada sejarah denggi. Time kena ambil darah Alya tak nangis pun. Kuat suara Alya cakap ‘iya’ bila nurse cakap jangan takut kalau mau sihat. Hasil blood test doktor cakap semua okey. Cuma tonsil bengkak tu sebab Alya tak mau makan, lega hati mummy. Atas saranan doktor daddy belikan Alya air milo supaya Alya dapat isi perut and ais krim vanilla untuk tonsil. Alya makan juga sikit. Sampai rumah, Alya still weak, hanya baring dan tidur. Tapi berkali-kali minta minum air dan letak towel basah di kepala. Alya demam tapi temperature tidak la tinggi, tapi mummy hairan kenapa Alya weak sangat.

SAWAN BEBERAPA MINIT

Jam 7 malam. Mummy tengah bagi Adib makan. Tiba Alya keluar kan bunyi dari mulut dan hidung yang kuat sebanyak 3 kali. Kenapa Alya, nak? Mummy teriak, mummy pegang Alya. Tangan Alya keras dan kejang. Mummy nampak mata putih Alya ja. Mummy kasi mengiring badan Alya.. pastu mummy blur sebab mummy dah lupa apa yang mummy pernah baca pasal sawan, yang mummy ingat mengiring kan badan dan tengok jam, berapa minit sawan. mummy jerit panggil tokma. Tokma pun panic, tangan mummy menggeletar tak boleh google, mummy call ibu tak angkat.. yang mummy boleh buat tulis whatsapp dalam group mintak cari info pasal sawan. Mummy lari ambil tudung, handbag dan kunci kereta. Call daddy minta jumpa di klinik Dr Mohan. Mummy drive sambil pegang Adib. Tokma pegang Alya di seat belakang. Time ni nampak Alya dah tak sawan tapi still nampak lemah..

Sampai di klinik, doktor cakap kalau kes sawan terus saja ke hospital lagipun Alya nampak sangat tak bermaya. Daddy sampai di klinik dan mummy cakap ke likas tapi sebelum tu pulang rumah kejap packing barang Alya n Adib. Kereta daddy dibiarkan ja park di klinik (minta maaf sayang kalau keputusan mummy untuk balik ambil barang di rumah tu adalah keputusan yang salah). Daddy drive laju ke likas, Sampai likas Alya muntah depan register counter, bila nurse bagi ubat demam Alya muntah lagi, terus mummy dan Alya disuruh masuk emergency. Dalam emergency ingatkan ada doktor yang akan terus cek alya. Tapi tidak, mummy dan Alya duduk sahaja atas katil dalam setengah jam sambil tengok doktor dan nurse busy merawat pesakit yang lebih kritikal. Maybe doktor dan nurse tak layan kami sebab Alya nampak okey ja siap boleh lambai-lambai tokma dan Adib di luar emergency.

Maybe alya dah penat duduk, Alya minta mau baring. Mummy tengok Alya terus tutup mata, kejap-kejap buka. Mummy tunggu lagi mana doktor yg akan cek Alya. Datang doktor lelaki, soal siasat mummy. Selepas tu, sekali lagi kami dibiarkan begitu sahaja. Alya nampak tenang, kejap mata tutup kejap mata buka, hanya ada sorang nurse yg ambil darah Alya. Mummy tanya nurse tu, Alya masuk ward ka? Iya, jadi mummy pun tunggu la apa tindakan seterusnya. Daddy cakap Adib mau minum susu. Jadi mummy pun bagitau Alya mummy keluar kejap. Masa pertukaran mummy daddy tu rupanya Alya jatuh dari katil. Kesiannya anak mummy. Selepas tu, mummy masuk lagi jaga Alya, tapi adik Adib nangis lagi mau sleep. Mummy pun pergi kereta dekat jam 11, tidurkan Adib. Jam 11.37 mummy tanya daddy, Alya sudah masuk ward? Daddy cakap belum. Alya kena sawan lagi tadi 5 saat. Allahu.. Anak mummy, mummy keluar dari kereta cepat-cepat pergi emergency. Nampak doktor dan nurse sudah mula busy cek Alya, mummy ganti jaga Alya.

Alya kena pasang oksigen, tangan Alya dua-dua kena jarum untuk drip air. Pastu doktor sambungkan wayar di badan Alya. Pastu tengok la di screen garis-garis macam mummy pernah tengok dalam drama melayu. Tapi lepas tu Alya mula rasa tak selesa dengan wayar-wayar yang penuh di tangan dan badan.. Alya minta buka oksigen sebab mau muntah. Alya muntah dan terus muntah. Time ni mummy tengok alya sakit sangat. Alya cakap dengan kuat “Alya nak minum” (inilah ayat terakhir yang keluar dari mulut Alya yang mummy boleh dengar dengan jelas). Nampak Alya mau muntah lagi tapi tak boleh. Time ni nampak mata putih ja, Alya semakin pucat. 2-3 doktor mula sibuk cari keputusan darah Alya, dari pemerhatian mummy, doc tu cakap blood test tu semua nampak okey, tapi Alya semakin biru. Alya dipindahkan ke katil lain. Ubat-ubat Alya semua ditambahkan ke dos yang paling tinggi. Itu ja yang mummy faham. Mummy tengok semua orang kelam kabut, tangan dan kaki mummy menggeletar. Tengok Alya makin sakit. Doktor tengah call pakar sambil tengok di screen. Semakin ramai di keliling Alya. Mummy tanya kenapa dengan Alya. Doktor cakap dia pun tak tahu, tiba-tiba doktor jerit CPR!!!!!!! Allahu…..

TAK DAPAT DISELAMATKAN

Sempat mummy tengok nurse tekan-tekan dada Alya sebelum mummy disuruh keluar. Mummy tak tahan tunggu di luar, mummy masuk semula, ya Allah, diorang masih berusaha tekan dada Alya. Ada hos sudah masuk dalam mulut Alya, pakar-pakar turun dari atas. Pakar jumpa mummy tanya macam-macam soalan. Sekali lagi mummy tanya.. kenapa dengan anak saya? Doktor pakar pun jawab benda ya sama ‘saya tidak tahu kenapa dengan anak puan’. Dada Alya terus kena tekan. Nurse dan doktor bersilih ganti, tanpa henti. Mummy shaking dengan apa yang mummy tengok dari celah-celah langsir. Sekali lagi doktor pakar keluar. “Anak puan tak okey”, pastu dia masuk balik. Mummy tengok diorang stop tekan dada Alya, sambil berbincang. Dalam hati mummy mungkin keadaan redah sedikit or mungkin diorang mau pindahkan Alya ke ICU. Sangkaan mummy tu meleset, doktor pakar keluar “ANAK PUAN TIDAK DAPAT DISELAMATKAN” ‘maksud doktor?’ “IYA ANAK PUAN SUDAH TIADA” Allahuakhbar.. mummy terus rebah. Mummy nangis sekuat hati. Mummy bangun. Sebaik tengok Alya atas katil, air mata mummy stop, “betul ka ni doktor? Saya tidak percaya” doktor hanya angguk. Mummy tanya soalan yang sama berulang kali. Mummy angkat Alya. mummy cium Alya, mummy diam, mummy tengok daddy dan tokma nangis. Tapi time ni air mata mummy tak boleh keluar, tak tau kenapa. Mummy hanya dakap Alya sepuas-puasnya. Mummy sayang Alya, dunia dan akhirat. Doktor yang berdiri di situ berulang kali cakap, “saya betul-betul tak tahu apa yang jadi sama anak puan. Saya minta maaf” Allahuakhbar. Pemergian mu sayang begitu cepat, pemergianmu di hari lahir daddy. Singkatnya masa Allah pinjamkan Alya.. Aa Allah.. cepatnya..”

*Innalillah. Sedihnya, buat ibu bapa, kalau anak nampak lemah atau demam, cepat-cepat bawakan ke hospital okay.

Sumber: Norazlin Alin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×