Rakyat

DBKL Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, Tiada Kenderaan Dibenarkan Masuk

2
SHARES

Umum mengetahui, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebelum ini sesak dengan kenderaan pada hujung minggu dan terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penutupan Jalan TAR untuk mewujudkan kawasan pejalan kaki di tengah ibu kota.

Penutupan jalan itu bermula dari persimpangan Jalan Esfahan ke persimpangan Jalan Melayu kepada akses semua kenderaan bermula Ahad.

Baca juga: #BebasBersama: 5 Tempat Menarik Ibu Bapa Boleh Bawa Anak Sempena Merdeka, Barulah Semangat Cintakan Negara!

DBKL TUTUP JALAN TAR SETIAP AHAD, TIADA KENDERAAN DIBENARKAN MASUK

Penutupan itu akan dilakukan pada setiap hari Ahad bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. Pelbagai program turut dirancang untuk dilaksanakan.

“Sebagai langkah percubaan inisiatif baharu ini, penutupan Jalan TAR akan dimulakan pada 28 Ogos 2022 (Ahad) ini mengikut waktu yang ditetapkan iaitu 6 pagi hingga 12 tengah malam,” kata Unit Media, Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai persembahan seni seperti buskers, lukisan potret, hiasan inai serta kiosk dan ruang rehat memenuhi sepanjang laluan ini bagi memberikan suasana baharu di kawasan tersebut.  Tidak lupa, disediakan juga ruang untuk anak-anak kecil beriadah dan bermain dengan pengawasan petugas.

Bagi mereka yang ingin ke Jalan Tar, pastikan anda menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalulintas sepanjang penutupkan itu dilaksanakan.

Sumber: Facebook DBKL & Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×