Rakyat

DBKL Kecewa Sikap ‘Belum Merdeka’, Pokok Hiasan Habis Hancur Dipijak

15
SHARES

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 telah berlangsung di Dataran Merdeka dan lebih 70,000 pengunjung memenuhi dataran bagi menyemarakkan semangat patriotisme.

Walaubagaimanapun, masih ada segelintir individu bertindak luar kawalan sehingga memijak pokok hiasan yang ditanam di tepi jalan seperti perkongsian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di laman Facebook.

Baca juga: DBKL Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, Tiada Kenderaan Dibenarkan Masuk

DBKL KECEWA SIKAP ‘BELUM MERDEKA’, POKOK HIASAN HABIS DIPIJAK

Menerusi hantaran itu, DBKL meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Perbuatan memjiak landskap tersebut sudah tentunya mengundang reaksi negatif warganet kerana dianggap tidak berdisiplin.

“Seronok tengok lautan manusia membanjiri jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.

“Tetapi dalam pada itu, ada pula sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan, langsung rasa tak bersalah merosakkan landskap yang disemai cantik. Semangat tu dah bagus tetapi caranya tak betul,” luahnya.

Rata-rata netizen menegur bahawa kejadian itu tidak dapat dielakkan kerana ramai pengunjung perlu melalui Jalan Tun Perak di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek yang ditutup daripada kenderaan dan dijadikan tempat parkir kenderaan VIP dan VVIP yang hadir ke acara sambutan kemerdekaan.

Kehadiran jumlah pengunjung yang luar biasa pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 pada tahun ini menjadi antara faktor penyumbang kejadian itu.

Sumber: Facebook DBKL

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×