Sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan produk elektrik terutama sekali penyaman udara jenama Daikin Malaysia bukan? Kerana mempunyai iklim yang panas, penyaman udara yang bagus amatlah penting supaya kehidupan seharian di dalam rumah atau di pejabat lebih selesa!
DAIKIN MALAYSIA LANCAR KEMPEN ‘DAIKIN STREAMER 3C’
Baru-baru ini, Daikin Malaysia, syarikat penyaman udara terkemuka dunia di Malaysia telah melancarkan kempen “DAIKIN STREAMER 3C” untuk memperkenalkan Penyelesaian Kualiti Udara Dalaman mereka dengan Teknologi Streamer, di dalam trak bergerak!
Dengan konsep bilik pameran, Trak Bergerak Streamer Daikin yang menampilkan produk teknologi Streamer membolehkan pelanggan mempelajari kepentingan kualiti udara dalaman dan bagaimana teknologi Streamer terkini mampu meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar dan kuman.
“Pandemik ini juga telah meningkatkan kesedaran untuk udara bersih, terutamanya kerana orang ramai menghabiskan lebih banyak masa di rumah yang meningkatkan permintaan untuk penyelesaian kualiti udara dalaman. Dengan ini, kami berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran tentang kepentingan kualiti udara dalaman dan mempromosikan penyelesaian kami, Teknologi Streamer unik Daikin kepada pengguna.
Trak Bergerak Daikin Streamer akan mengembara ke Semenanjung Malaysia mulai hari ini hingga awal Mei 2023 untuk mudah diakses oleh semua orang, di mana-mana sahaja.” Kata Pengurus Besar, Pemasaran dan Servis), Daikin Malaysia Sales and Service Sdn. Bhd., Encik Chan Hon Leong.
Teknologi Daikin Streamer dilengkapi dengan 3C (Clash, Cycle dan Clean) untuk menguraikan 99.9% bakteria, virus, alergen dan bahan berbahaya yang lain dengan berkesan. Teknologi ini telah diuji dan terbukti sangat berkesan dalam membersihkan
udara dalaman. Produk barisan Daikin Streamer seperti penapis udara Streamer, penyaman udara Smarto Inverter Wall Mounted dan penyaman udara REVO Max Inverter Surround Cassette akan dipaparkan untuk membawa manfaat “Udara Bersih,
Keluarga Sihat” daripada Daikin.
Pelanggan dialu-alukan untuk melawat Trak Bergerak Daikin Streamer dan menyertai permainan ‘Battle with Virus’ dengan hadiah-hadiah menarik. Anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan beberapa hadiah edisi terhad dengan menyertai aktiviti lain.