Rakyat

Cara Daftar Program SAVE 2.0, Baucar Shopee RM200 Untuk Beli Barang Elektrik

828
SHARES
program save 2 0 shopee

Ada berhajat nak beli barangan elektrik baru tahun ni? Jom daftar Program SAVE 2.0 melalui Shopee!

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, Program yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah bekerjasama dengan platform eCommerce, Shopee untuk membayar eRebate RM200 sebagai baucar.

Program SAVE 2.0 ini boleh didaftarkan oleh semua pengguna domestik di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Menurut halaman Shopee, baucar eRebate RM200 diberikan berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’, dan setiap pemegang akaun hanya boleh membuat tuntutan sekali sahaja.

Wah, menarik kan?

Kena daftar cepat ni!

Macam mana nak daftar?

Jom baca selanjutnya.

Program save 2.0 shopee

Cara Daftar Program SAVE 2.0 Shopee Untuk Dapatkan Baucar RM200

Untuk menebus baucar RM200, anda perlu mendaftar menggunakan App Shopee (Apple App Store, Google Play Store) anda boleh ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee dan pilih Daftar Sekarang & Tebus Baucar RM200 (seperti yang tertera dalam gambar di bawah.)
  2. Isi maklumat yang diperlukan seperti nombor bil elektrik, nombor kad pengenalan, nama penuh dan lain-lain.
  3. Jika bukan pemegang akaun bil elektrik berkenaan, nyatakan status anda dengan pemegang akaun sebenar seperti anak dan sebagainya.
  4. Tekan butang Submit.
  5. Selesai. Permohonan anda akan diproses.
  6. Jika berjaya, RM200 akan dikreditkan ke dalam e-Wallet Shopee anda. Jangan lupa check ok!

Program save 2.0 shopee

 

Apa Maksud Barang Elektrik Cekap Tenaga (Energy Efficient)?

Jika diluluskan, kita bolehlah membeli mana-mana barangan elektrik jimat tenaga melalui Shopee dengan menggunakan voucher tersebut.

Tapi, barang elektrik yang macam mana dikira sebagai ‘Cekap Tenaga’?

Berdasarkan Peraturan Elektrik 1994 (Pindaan 2013) Peraturan 101A (3) “Mana-mana peralatan yang memenuhi semua keperluan penggunaan elektrik yang cekap di bawah sub peraturan (1) hendaklah dilekatkan dengan label penilaian kecekapan dalam bentuk dan cara yang mungkin ditentukan oleh Suruhanjaya. ”

Semua pengeluar dan pengimport, mesti melekatkan Label Kecekapan Tenaga pada produk sebelum dapat dijual kepada pelanggan.

Ini label ‘Cekap Tenaga’ yang ada dilekatkan pada semua peralatan elektrik. Kalau ikut terma dan syarat voucher ni, kita kena pilih sekurang-kurangnya yang 4 bintang ok!

program save shopee 1

Ini contoh barang elektrik 5 bintang.

Jadi, masa cari barang dekat Shopee tu, kena cari yang ada label ‘Energy Efficient’ macam ni baru kita boleh guna voucher RM200 tu.

program save shopee 1

Kalau nak tengok senarai barang yang diiktiraf ‘Cekap Tenaga’ oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia, boleh rujuk di senarai ini: http://edik.st.gov.my/publicenquiry/search.aspx

Nanti akan keluar senarai model beserta jenama sekali macam dekat bawah ni.

barangan elektrik cekap tenaga

Maklumat Lanjut

Ok, mudah je kan…. Memang untung kalau daftar!

Jadi jangan lupa daftar untuk dapatkan baucar RM200 Program SAVE 2.0 melalui Shopee ya.

Untuk maklumat lanjut, layari

https://shopee.com.my/m/program-save

http://www.seda.gov.my/saveprogram/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×