Umum tahu, pemergian penyanyi hebat Allahyarham Siti Sarah sememangnya memberi impak kepada seleruh rakyat Malaysia. Ramai turut bersedih dengan kehilangan pelantun lagu Kesetiaan itu dan mengambil pengajaran untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing.
Allahyarham pergi meninggalkan empat orang cahaya mata yang masih kecil akibat jangkitan Covid-19 yang dijangkiti daripada pembantu rumah mereka.
Baca juga: “Sayangilah Pasangan Seikhlas Hati Sebelum Dia Pergi…”
MAHU ANAK-ANAK KUAT SEMANGAT
Menerusi Instastory pelawak terkenal itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memujuk ketiga-tiga anak kecilnya yang sedang bersedih kerana kehilangan ibu tersayang pagi semalam.
Anaknya, Uwais Alqarni berusia 10 tahun kelihatan sedang menangis kerana rindu akan arwah ibunya. Shuib memujuk anaknya untuk tidak bersedih dan sentiasa menjadi anak yang hebat.
“Daddy ada okay? Jangan sedih-sedih, daddy ada. Selagi hidup, daddy akan pastikan anak-anak daddy semua jadi anak yang hebat, soleh dan solehah,” katanya ringkas.
Shuib juga berkata Uwais memiliki wajah yang mirip seperti arwah isteri tercinta dan boleh memandang anaknya jika merindukan Allahyarham Siti Sarah.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 pagi semalam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan selamat dikebumikan bersebelah kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu