Kita dikejutkan pagi ini apabila menerima berita kehilangan Siti Sarah Raisuddin akibat jangkitan Covid-19. Bukan itu sahaja, arwah Siti Sarah juga melahirkan seorang bayi dan melalui proses ‘dibaringkan’ oleh doktor supaya mendapat bekalan oksigen yang secukupnya. Namun, ajal dan maut di tangan Allah S.W.T apabila dia pergi meninggalkan empat orang anak yang masih kecil.
SAYANGILAH PASANGAN SEIKHLAS HATI
Kisah pemergian Siti Sarah ini banyak mendapat tempat di hati orang ramai dan ada juga yang berkongsikan kisah arwah dan suaminya, Shuib. Seperti perkongsian saudara ini, apabila dia menasihatkan orang ramai yang sudah mempunyai pasangan suami atau isteri, untuk lebih menghargai mereka di saat mereka masih hidup.
Guys.
Kalau dah berumahtangga, sayangilah pasangan seikhlas hati.
Kita tak tahu bila masa kita akan pergi. Kita tidak tahu siapa yang pegi dulu bertemu Ilahi…..suami atau isteri. Kita tidak tahu berapa lama Allah pinjamkan pasangan untuk bersama-sama kita di dunia ni. Jadi jangan bazirkan walau sesaat moment bahagia ni (paksu mohon pada semua yang masih punya suami dan isteri).
Paksu sedikit terkesan dengan kisah yang menimpa keluarga arwah selebriti ni. Paksu tahu mereka pasangan yang sangat romantik dan harmoni. Arwah Siti Sarah seorang isteri yang sangat baik dan disenangi (paksu pasti). Punya suami yang sangat sayangkan dia setulus hati. Sangat bertanggungjawab dan sangat menjaga kebajikan anak isteri. Layan arwah dengan amat baik sekali. Dikurniakan anak-anak yang bijak dengan gelagat budak-budak zaman laani. Banyak video kehidupan yang depa duk kongsi di sosmed ni. Dan pasangan Shuib dan Sarah contoh suami isteri yang patut diteladani. Baik dari segi apa pun sekali.
SIMPAN VIDEO UNTUK MEMORI
Bukan itu sahaja, cara lain untuk mengabadikan memori bersama yang tersayang adalah dengan menyimpan video kenangan bersama.
Satu yang paksu perhati. Mereka banyak kongsi video keluarga di media sosial dan ini cara terbaik untuk ditinggalkan sebagai memori. Even paksu sendiri pun tak pernah ada video dengan adik beradik atau orang yang paksu sayangi. Video paksu je banyak itupun video syok sendiri.
Sebab itu dalam sesebuah perhubungan / ikatan perkahwinan, elakkan penting diri. Jangan malu lafazkan i love you pada pasangan (kalau boleh setiap hari). Kalau malu cukup dengan layanan baik yang kita beri pada pasangan (jangan menyesal kemudian hari).
View this post on Instagram
Even paksu tak kahwin lagi, paksu sangat terkesan dengan kisah mereka ni. Lagu terakhir arwah rakam bersama suami “semakin benci semakin cinta” pasti menjadi lagu terindah untuk Shuib dan anak-anak mereka dengar nanti. Lagu kasih sayang dan bukti cinta seorang suami dan juga isteri.
Alaaa video ni kelakar tapi sedih bila tengok sekarang 😢 pic.twitter.com/EIjHGx2w96
— Diyanah Rodzi (@DyanahR) August 9, 2021
Pada semua suami, hargailah isteri. Pada semua isteri, sayangilah suami sepenuh hati. Inshaallah syurga menanti kalian di sana nanti. Aamiin.
Salam Takziah untuk Shuib dan sekeluarga dan sedekahkan juga Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah Raisuddin.
Sumber: Shuib, Redzuan Abd Manaf