Advertorial

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Buat Apa? Ajak Anak Anda Meneroka Kehidupan Haiwan Liar Di Sunway Theme Parks. Syok Habis!

11.5K
SHARES

Tengah rancang aktiviti buat anak-anak untuk cuti sekolah penggal kedua akhir bulan Ogos nanti? Mesti bosan kalau setakat bawak anak mandi kolam, berkelah atau hantar diorang balik kampung. Typical sangat bila musim cuti sekolah kan?

Apa kata ajak diorang join Wildlife Heroes anjuran Sunway Theme Parks (STP). Daripada tak buat apa, sekurang-kurangnya program yang diadakan di Sunway Lagoon & Sunway Lost World Of Tambun sempena cuti sekolah ini membolehkan mereka meneroka cara penjagaan, pemakanan dan kebersihan hidupan liar. Mesti seronok!

Konsep Wildlife Heroes adalah yang pertama di Asia menggunakan idea kempen ‘The Best Job Ever’, sesuai untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun. Mereka akan menjadi ‘hero’ dan lebih rapat dengan haiwan liar, seterusnya memberikan kanak-kanak satu pengalaman baharu selain pembelajaran dalam kelas. Menarik bukan?

Excited kan? Berminat nak join? Apa yang perlu anda lakukan?

Berminat nak join Wildlife Heroes? Senang je… Submit video 2-3 minit tentang anak anda berkongsi detail ini:

  • Kenalkan diri (Nama, umur)
  • Haiwan apa melambangkan mereka? Mengapa?
  • Pernah melawat Sunway Lagoon atau Sunway Lost World Of Tambun? Jika ya, apa yang mereka sukakan sepanjang berada di sana? Jika tidak, apa yang mereka ingin tahu?
  • Mengapa mereka perlu dipilih sebagai Wildlife Hero?

Cepat! Hantar penyertaan anda sebelum jam 6 petang pada 11 Ogos 2017 ke SINI.

Bukan pengalaman menyeronokkan dan uniform saja, mereka berpeluang dapat cash dan hadiah terkumpul berjumlah RM80,000!

Sepanjang program Wildlife Heroes berlangsung, kanak-kanak akan diberikan uniform Wildlife Ranger (dengan topi)badge Wildlife Heroes dan fail pengikat suku kata. Manakala, ahli eksklusif pula akan mendapat Sunway Theme Parks Ultimate Pass. Semua itu boleh dibawa pulang sebagai tanda kenangan. Wah bestnya!

Ada admin mention sepanjang mereka meneroka kehidupan haiwan liar ni mereka berpeluang dapat wang tunai dan hadiah terkumpul berjumlah RM80,000? Biar betul? Ya, admin tak tipu. Siapa yang menyertai Wildlife Heroes berpeluang membawa pulang wang tunai dan hadiah mencecah RM80,000 keseluruhannya! Fuh, memang tak rugi la join kan?

  • The Chief akan mendapat RM12,000
  • 9 Ahli Majlis lain mendapat RM8,000/seorang

Jadi, apa anda tunggu lagi? Hantar penyertaan anak anda secepatnya sebelum tarikh tutup penyertaan! Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat penyertaan, layari laman web Sunway Theme Parks.

Ikuti laman sosial Sunway Theme Parks di Facebook, Twitter dan Instagram untuk mengetahui update dan promosi terkini dari mereka. Have fun adik-adik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×