Hebahan

Maklumat & Persediaan Untuk Anda Suntik Vaksin Di PPV Mega Stadium Bukit Jalil

31
SHARES

Nampaknya, pemberian dos vaksin kepada rakyat Malaysia sedang giat dijalankan dan dipertingkatkan amaunnya setiap hari. Hal ini kerana, tahap immuniti kelompok perlu dicapai secepat mungkin supaya kita dalam menjalani kehidupan normal macam apa yang sudah dicapai di United Kingdom, Hungary dan Amerika Syarikat.

Pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil yang sudah mula beroperasi hari ini (21 Jun) dijangka mampu menampung kapasiti sehingga 10,000 dos sehari.

Artikel berkaitan: Cara Buat Pendaftaran Vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

PPV MEGA STADIUM BUKIT JALIL MULA OPERASI HARI INI

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata PPV berskala besar itu membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin, dengan tumpuan kepada rakyat yang berusia 40 tahun ke bawah.

Seluruh trek balapan stadium ini telah bertukar wajah menjadi ruang untuk urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri.

Ini sebahagian usaha KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.

Reezal Merican berkata, Stadium Tertutup Axiata Arena sudah mula beroperasi sebagai PPV bagi tujuan sama sejak 7 Jun lalu.

PERSEDIAAN KE STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Untuk memudahkan segala proses vaksinasi anda, ada beberapa maklumat yang anda perlu ketahui sebelum sampai ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Maklumlah, bila sudah lama tidak keluar rumah pasti ada juga dalam kalangan kita yang mungkin sudah terlupa lokasi secara terperinci dan pintu manakah yang perlu masuk.

-Bawa payung dan kipas mini kerana mungkin cuaca panas. Hal ini kerana kawasan stadium adalah kawasan separa terbuka.

-Pakai kasut yang selesa kerana anda mungkin perlu berjalan jauh.

-Bawa kad pengenalan/passport, telefon bimbit untuk scan MySejahtera, pen dan senarai ubat (jika ada).

-Tempat letak kenderaan percuma :

1)Tempat letak kereta B (untuk HCO A & C)

2)Tempat letak kereta C ( untuk HCO B & C)

-Jika datang dengan LRT, sila masuk melalui Pintu A.

-‘Drop-off’ di Pintu E, untuk OKU adalah di Zon Lteak Kereta OKU. Perkhidmatan buggy juga disediakan.

*Jom kita cucuk vaksin untuk capai immuniti kelompok bagi melawan Covid-19!

Sumber: KKM, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×