Rakyat

Cara Buat Pendaftaran Vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera

45
SHARES

Pendaftaran Vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera kini telah menambah fungsi pendaftaran vaksin Covid-19. Anda perlu mengemaskini aplikasi anda agar dapat mendaftar untuk proses vaksinasi tersebut. Program Imunisasi Nasional Covid-19 kini berada di Tahap 1 dan Kementerian Kesihatan akan memaklumkan anda, bila giliran anda untuk mendapatkan vaksin.

Mudah sahaja, jom cepat-cepat daftar!

CARA DAFTAR PROSES VAKSIN MELALUI MYSEJAHTERA

1.Kemaskini aplikasi MySejahtera dan anda boleh lihat ikon ‘Covid-19 Vaccination’

2.Klik sahaja di ikon tersebut dan paparan mengenai vaksin untuk anda akan keluar. Pastikan nama yang keluar tersebut adalah betul.

3.Seterusnya apa yang penting adalah untuk anda semak semula nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon adalah betul dengan apa yang dipaparkan. Kemudian klik ‘verify’.

4.Selesai! Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan memaklumkan anda dari masa ke semasa mengenai proses vaksinasi. Jika anda masih tidka sesuai atau tidak layak bagi mendapatkan vaksin, pihak mereka akan memaklumkan juga kepada anda dalam masa terdekat.

FASA 1

Februari sehingga April: Kepentingan untuk frontliners/ frontline personnel

FASA 2

April hingga Ogos: Untuk lebihan kakitangan perubatan dan hospital & golongan berisiko

FASA 3

Mei 2021 hingga Feb 2022: Untuk rakyat dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

*Untuk maklumat lanjut mengenai proses vaksinasi ini, anda boleh ke laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×