Sihat

KKM Sedia Khidmat Vaksinasi Rumah Ke Rumah Untuk Warga Emas Tak Dapat Ke PPV

2
SHARES
Vaksin Warga emas

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan satu program dari rumah ke rumah supaya dapat memberikan dos suntikan penggalak kepada warga emas bagi memudahkan kelompok ini menerima suntikan tanpa membebankan mereka.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin juga, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan suntikan dos penggalak bagi meningkatkan perlindungan diri daripada virus COVID-19.

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid-19, Lega!

KKM SEDIA KHIDMAT VAKSINASI RUMAH KE RUMAH UNTUK WARGA EMAS

Muhyiddin terima suntikan pertama vaksin Covid-19 - YouTube

Menurut laporan Awani, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah dikenali sebagai Home Vaccination kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan itu disediakan bagi memperluas dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak, sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima vaksin yang tidak mendapatkan dos penggalak sehingga 31 Mac ini.

CARA UNTUK DAPATKAN VAKSIN DI RUMAH

1.4 juta pendaftaran terima vaksin Covid-19 di MySejahtera tidak lengkap

Aplikasi yang boleh digunakan untuk dapatkan vaksin di rumah:

  • Talian penting nasional khas (1700-811-0070)
  • Whatsapp ( +6012-6787911 )
  • Laman sesawang ProtectHealth
  • MySejahtera

Talian penting nasional khas untuk Home Vaccination setiap hari mulai 28 Mac dari pukul 9 pagi hingga 5 petang manakala orang ramai yang menghantar teks melalui applikasi WhatsApp akan menerima maklum balas dalam masa selambatnya tiga hari.

Ini adalah usaha kerjasama antara ProtectHealth dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dalam menyeru semua rakyat Malaysia mendaftarkan tanggungan warga emas mereka yang tidak dapat hadir ke PPV.

Dr Anas juga berkata pendaftaran boleh dilakukan melalui laman sesawang ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my/register_vaccinee, serta aplikasi MySejahtera di bahagian Meja Bantuan dengan memilih pilihan A iaitu Janji Temu Vaksinasi Penggalak.

“Menerusi program Home Vaccination ini, kami ingin memberikan kemudahan dan pengalaman yang lancar serta selesa kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV.

“Walaupun gelombang Omicron dilihat tidak agresif seperti gelombang Delta, bagi warga emas khususnya yang mempunyai komorbiditi ia bukanlah penyakit ringan kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kami menyeru orang ramai untuk memastikan ibu bapa anda dilindungi daripada virus COVID-19,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×