Hebahan

Kolej Universiti Cyberjaya, satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menang Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2016 bagi Industri Pendidikan & Latihan

1
SHARES

Bendahari dan COO Kolej Universiti Cyberjaya, Encik Kalaiarasu Malayandi baru-baru ini telah dianugerahkan dengan Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2016 oleh Enterprise Asia, sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempromosikan kesedaran mengenai nilai-nilai keusahawanan dan kejayaan.

Anugerah tersebut telah diberi oleh YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II pada makan malam yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Lebih daripada 100 orang menghadiri acara tersebut. Makan malam tersebut disediakan untuk pemimpin-pemimpin perniagaan merentas 18 industri berbeza.

Image 1

Merupakan salah seorang yang termuda yang menerima anugerah pada tahun ini, Kalaiarasu telah berjaya mengetuai perubahan operasi Kolej Universiti Cyberjaya sejak kemasukan Kumpulan SMR ke dalam lembaganya. Kejayaan perniagaan university sejak 2 tahun lalu dan pengembangan pasaran adalah di antara sebab Kalaiarasu menjadi pemenang bagi Industri Pendidikan & Latihan. Kalaiarasu juga duduk di dalam Lembaga Kumpulan SMR sebagai Pengarah Eksekutif.

Universiti tersebut hari ini berada di tingkat teratas (Tahap 5 MQA) dengan lebih daripada 3,500 pelajar yang mendaftar di dalam lebih daripada 20 program ijazah dan pasca-ijazah termasuk perubatan, farmasi, psikologi, keselematan dan kesihatan pekerjaan, kejuruteraan biomedik dan banyak lagi.

Image 2

Bendahari dan COO CUCMS, Encik Kalaiarasu Malayandi pemenang Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2016 bagi Industri Pendidikan & Latihan

Kalaiarasu menumpukan segala usahanya dan mengetuai sebuah pasukan yang mengambil alih CUCMS pada penghujung 2013. Universiti tersebut berada dalam kedudukan kewangan yang tidak baik dengan mencatatkan kerugian untuk dua tahun berturut-turut. Namun, sejak perubahan di dalam kepimpinan, unversiti tersebut berjaya mencapai peningkatan sebanyak 11% di dalam produktiviti dan perolehan meningkat 19% manakala kos telah dikurangkan sebanyak 24%.

Selari dengan pertumbuhan pesat pelajar, Kolej Universiti Cyberjaya akan berpindah ke kampus baru yang lebih besar menjelang 2018. Kampus baru tersebut sangat dekat dengan tempat sekarang dan akan meningkatkan kapasiti pelajar hampur dua kali ganda dan menerapkan konsep kampus hijau yang inovatif. Ini bagi membolehkan program baru universiti disediakan pada masa akan datang.

image001

MENGENAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS PERUBATAN CYBERJAYA

Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya merupakan universiti tahap teratas di Malaysia yang memberi tumpuan kepada program-program penjagaan kesihatan. Universiti ini telah diberi Tahap 5 (Cemerlang) oleh MQA. Universiti ini boleh dihubungi menerusi telefon di talian +603 8313 7000 atau melalui emel di [email protected]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×