Advertorial

Cuba 5 Cadangan Makanan Ini Jika Anda Seorang Ibu Hamil Yang Cepat Terasa Lapar

10.1K
SHARES

Bila ‘berbadan dua’ ni, memang tak dinafikan kejap-kejap nak makan, walaupun baru lepas makan. Lagi-lagi bila berada di trimester pertama, hampir setiap 2 jam nak makan. Bila ditahan, hati asyik teringin, dah makan baru okay sikit kan?

Jangan risau, itu sebenarnya perkara normal. Si manja membesar dengan pantas jadi anda memang perlukan lebih makanan untuk menampung ‘selera’ ibu dan anak!

Kalau risau anda asyik kerap terasa lapar, cuba 5 cadangan makan di bawah ini untuk pastikan anda sentiasa kenyang…

1. Pastikan waktu makan lengkap

Perkara paling utama untuk diambil perhatian jika anda sedang hamil adalah memastikan anda memenuhi jadual makan dari pagi sampai malam. Kalau boleh jangan sesekali skip dari sarapan, makan tengah hari dan malam, kurang tenaga nanti!

Ambil sarapan seperti telur rebus atau hancur, ia mengandungi lebih 12 vitamin dan mineral serta protein berkualiti yang merupakan sumber penting bagi ibu yang sedang hamil.

Untuk waktu makan tengah hari dan malam pula, digalakkan untuk makan nasi bersama lauk seperti ikan dan sayur. Cuba pelbagaikan juadah dengan menggunakan ikan haruan, tenggiri, selar mahupun kerisi. Sama ada bakar, masak singgang atau dijadikan sup, makan bersama sayur sawi atau ulam pegaga, kecur air liur!

2. Selang seli waktu makan dengan hidangan ringan

Macam admin cakap tadi, bila berbadan dua ni rasa lapar tu sentiasa ada walaupun baru lepas makan tengah hari. Jadi apa kata selepas 1-2 jam, ambil hidangan ringan antara waktu makan sebanyak dua kali sehari. Contohnya pada waktu minum pagi dan petang.

Antara hidangan ringan yang boleh diambil antaranya, sandwich, yogurt bersama oat, buah dan sebagainya. Ambil yogurt sebagai sebahagian diet anda dalam membantu memenuhi keperluan kalsium harian sebanyak 1,000 mg!

Pelbagaikan hidangan yogurt bersama buah, oat, madu dan sebagainya, mesti sedap!

3. Makan snek, tapi bukan junk food yang penuh MSG!

Jika asyik terasa lapar, cuba amalkan makan snek seperti kekacang, gajus dan sebagainya. Awas, bukan junk food tau! Kekacang bagus untuk anda kerana mengandungi asid lemak tak tepu yang bagus untuk perkembangan sistem otak serta saraf janin.

Selain kekacang, buah-buahan segar juga boleh dijadikan snek! Satu hidangan buah membekalkan vitamin dan mineral serta serat. Jangan tak tahu, serat makanan membantu mengelakkan sembelit di kalangan wanita hamil!

4. Ambil makanan bijirin penuh

Ambil bijirin penuh kerana ia kaya dengan serat dan nutrien termasuk vitamin E, selenium dan fitonutrien (sebatian tumbuhan yang melindungi sel). Bertih jagung juga adalah sejenis bijirin penuh tau!

Selain bijirin dan bertih jagung, anda juga boleh makan roti wholemeal sebagai sarapan atau kudap-kudapan! Roti kaya dengan karbohidrat untuk tenaga dan serat yang dapat membuat perut terasa kenyang lebih lama! Secara tak langsung, anda dah memenuhi 20-30 gram keperluan serat harian!

5. Hilangkan lapar bukan dengan makan snek saja, minum susu pun boleh

Selain menghilangkan rasa lapar dengan makanan, ia juga boleh dikurangkan dengan pengambilan air jus yang dicampurkan dengan susu. Sinonim dengan ibu hamil, susu mengandungi kalsium tinggi yang bagus untuk ibu mengandung!

Di sini kami menggalakkan anda untuk menghasilkan jus lobak dan campur sedikit susu ke dalamnya. Lobak dapat memberikan khasiat vitamin A, manakala susu kaya dengan kalsium dan protein yang bagus untuk ibu hamil!

Amalkan pengambilan susu Anmum Materna untuk mendapatkan keperluan pemakanan ketika hamil

Pengambilan susu Anmum Materna membantu memenuhi keperluan pemakanan ibu hamil.

Jika anda memilih untuk minum susu pra-natal sebagai sebahagian daripada diet harian anda ketika hamil, Anmum Materna adalah pilihan yang baik kerana ia mampu membekalkan nutrien-nutrien penting dan ia merupakan susu pra-natal nombor satu di Malaysia* selama ini!

Anmum Materna dengan MindQ Connect mengandungi nutrien penting untuk menyokong perubahan mengagumkan buat ibu hamil dan membantu perkembangan si manja dalam kandungan.

Anmum Materna dengan MindQ Connect adalah satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan (untuk varian biasa saja) dan rendah lemak yang dilengkapi dengan probiotik DR10 serta inulin. Persekitaran usus yang baik penting untuk penyerapan nutrien yang efektif.

Amalkan pengambilan 2 gelas susu Anmum Materna setiap hari untuk memenuhi 100% asid folik dan kalsium yang diperlukan ketika hamil! Susu Anmum Materna juga boleh didapati dalam bentuk stick pack. Mudah untuk dibawa ke mana-mana!

Untuk maklumat lanjut mengenai susu Anmum Materna, layari www.anmum.com.my.

*Merujuk kepada Nielsen Mac 2019

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×