Hebahan

Dah Banyak Sangat Mainan? Kini Mc D Perkenalkan Buku Percuma Dengan Setiap Pembelian Happy Meal

Kalau ke Mc Donald’s dengan anak-anak, tak sahlah kalau tak beli Happy Meal kan? Kadang-kadang seronoklah dapat mainan yang budak-budak minat, tapi kalau dapat yang tak minat, kejap je diorang main. Nak ubah angin, apa kata lain kali kita dapatkan buku pula dengan setiap pembelian Happy Meal?

Bagi mendorong minat membaca sejak usia kanak-kanak, Mc Donalds Malaysia kini menganjurkan Program Happy Meal Readers yang menyaksikan kolaborasi dengan penulis terkemuka dunia, Cressida Cowell.

Penulis dan ilustrator kisah bersiri terkenal How To Train Your Dragon itu memperkenalkan siri buku Treetop Twins Adventure secara ekslusif untuk Mc Donald’s. So, memang tak adalah kalau cari dekat tempat lain!

12 Siri Buku Cerita Untuk Dikumpul Sepanjang Tahun Ini

Khas buat pembaca di Malaysia juga, buku tersebut boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Terdapat 12 buah buku yang boleh anda kumpulkan, di mana sebuah tajuk akan diberikan setiap bulan.

Kita boleh pilih sama ada nak mendapatkan mainan atau buku ini dengan setiap pembelian Happy Meal di seluruh Mc Donalds dalam Malaysia.

Setiap siri buku tersebut adalah bersifat standalone atau tidak bersambung, jadi yang terlepas membeli siri yang lalu masih boleh memahami kisahnya.

Buku Cerita Versi Digital Juga Diperkenalkan

Apa yang lagi best, buku cerita versi digital juga diperkenalkan bagi menjadikan anak-anak lebih teruja untuk membaca bersama keluarga.

Buku digital ini boleh dimuat turun melalui Happy Studio App menggunakan Google Play Store dan Apple App Store.

Menarik kan? Semoga dengan pendekatan ini, ibu ayah juga dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak sambil menanam sifat rajin membaca.

Bagus juga buat macam ni kan? Yelah, zaman sekarang ni budak-budak asyik dengan gajet je. Susah juga nak tengok yang jenis ulat buku.

Jadi, sesekali kalau dapat luangkan masa membaca dengan anak mesti mereka gembira.

Ada yang dah beli? Jom kongsikan dengan kami!

Most Popular

To Top